HALAMAN SANTAI

Ahad, 23 Ogos 2009

Exco Kedah: PKR minta MB gugurkan ADUN Lunas

Oleh G. MANIMARAN

SEBERANG PRAI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah meminta Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya menggugurkan ADUN Lunas, Muhammad Radzhi Salleh daripada jawatan Exco Kerajaan Negeri. Menteri Besar dijangka menghadap Sultan Kedah pukul 3 petang esok.

Radzhi mengumumkan keluar PKR pagi tadi dan akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya telah meminta Radzhi digugurkan dan digantikan dengan wakil lain.

"Kami dah minta Menteri Besar gugurkan ADUN Lunas daripada jawatan Exco," katanya lewat petang.

Tiada ulasan: