Halaman

Khamis, 20 Ogos 2009

‘Kita mewarisi sistem yang korup’- Dato’ Tuan Ibrahim

Wan Kay


KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional yang memerintah lebih 50 tahun telah meninggalkan sistem pemerintahan yang korup dinegeri-negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sempena Kutipan Infaq Ramadan & Fi-Sabilillah PAS Kawasan Kemaman, di sebuah Restoran Geliga, dekat sini, baru-baru ini.

Katanya, isu arak, babi, jenayah, gejala sosial dan rasuah bukan daripada PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat.

“Isu arak, jenayah, rasuah dan lain-lain sebenarnya bukan daripada kita (PAS).

“Kita (PAS) mewarisi satu undang-undang yang korup. Kita (Pakatan Rakyat) mewarisi satu sistem yang tidak betul.

“Kita (PAS_Pakatan Rakyat) hendak betulkan semula ini maka, jadilah apa yang terjadi sekarang,” jelasnya dihadapan 700 hadirin pada majlis tersebut.

Menurutnya, pelbagai isu ditimbulkan oleh pihak Umno-BN bagi mengelirukan masyarakat dan rakyat di negara ini.

Namun begitu, katanya kemenangan yang dikurniakan Allah SWT kepada PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat bagi memperbetulkan semula sistem dan peraturan yang tidak betul.

Hadir sama pada majlis tersebut Yang Dipertua PAS Kemaman, Ismail Harun, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Hanafiah Mat, mantan Yang Dipertua PAS Kemaman, Ustaz Awang Dagang serta beberapa keluarga balu bekas Ahli Jawatankuasa PAS Kemaman.

Menurut sumber PAS Kemaman, program PAS Kawasan Kemaman berjaya mengumpul dana infaq lebih dari RM40,000 hasil jualan meja makan malam berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.