HALAMAN SANTAI

Jumaat, 21 Ogos 2009

Peguam Negara fail permohonan batal pekeliling kerajaan Selangor

BERITA HARIAN ONLINE


PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Shah Alam, bagi memohon pengisytiharan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Bilangan 4 Tahun 2009 mengenai arahan menghadiri temuduga bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah tidak sah dan batal.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Peguam Negara, Roslan Ahmad, berkata Peguam Negara juga memohon mana-mana perintah yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

"Permohonan ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Peguam Negara pada 20 Ogos 2009.

"Satu perakuan segera akan juga difailkan untuk mendapat tarikh awal pendengaran permohonan ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

Kerajaan negeri Selangor menerusi pekeliling berkenaan bertarikh 28 Julai lalu yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, meminta semua pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di bawah kerajaan negeri tidak dibenarkan untuk ditemuduga atau menjadi saksi oleh pihak SPRM di luar pejabat masing-masing.

Tiada ulasan: