Halaman

Jumaat, 21 Ogos 2009

Pemuda UMNO tidak berani: Nasrudin

SINAR HARIAN ONLINE


SHAH ALAM- Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang mengambil tindakan untuk membatalkan wacana ilmiah sebagaimana yang dirancang diadakan dalam masa terdekat.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ketua pemuda UMNO itu tidak menunjukkan sikap sebagai pemuda yang berani apabila enggan bersetuju dengan tajuk debat yang memberi peluang kepadanya untuk berhujah dengan fakta yang ada.

“Saya tidak nampak wacana ini akan berlaku apabila mereka enggan bersetuju dengan tajuk yang telah dikemukakan, Pemuda Pas agak hairan degan sikap yang ditunjukkan Khairy sedangkan pemuda UMNO sebelum ini mereka telah menyatakan persetujuan untuk mengadakannya,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, Pemuda UMNO melalui Timbalan Ketuanya, Razali Ibrahim dalam satu media khas telah menyatakan persetujuan awal untuk mengadakan wacana ilmiah dalam masa terdekat.

Nasrudin berkata, tanda-tanda kepada pembatalan wacana tersebut telah diketahui awal apabila pihaknya mendapati Khairy telah menolak pelawaan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) mengadakan debat terbuka mengenai isu berlainan 13 Ogos yang lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.