HALAMAN SANTAI

Khamis, 20 Ogos 2009

Penduduk dakwa terima rasuah politik wang palsu

Harakahdaily

BUKIT MERTAJAM : Seorang penduduk mendedahkan menerima wang palsu sebanyak RM300 dalam sekeping sampul surat beserta sekeping nota bertulis 'Tolong menangkan calon BN,' di rumahnya.

Penduduk terbabit, Salim Abd Hamid, 50, dari Kampung Petani di sini mendakwa menyedari sampul surat tersebut yang mengandungi not RM100 sebanyak tiga keping yang kelihatan difotokopi daripada wang tulen diserahkan melalui bawah pintu rumahnya pagi tadi.

Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam sidang media harian PAS di Permatang Pasir pagi tadi.

Naib Presiden Dato' Mahfuz Omar berkata PAS akan meminta pandangan pihak peguam parti tentang tindakan yang harus diambil.

"Pihak manapun yang melakukannya, kami mengecam tindakan ini yang menghina penduduk terbabit," kata Mahfuz._

Tiada ulasan: