Halaman

Selasa, 25 Ogos 2009

Peraturan baru SPR, hilangkan 'mood' pilihanraya

Ditulis oleh Te@M I.T


PERMATANG PASIR - Tindakan SPR yang menguatkuasakan beberapa perkara baru dalam pilihanraya kecil kali ini seperti melarang aktiviti meraih dan merayu undi tidak dibenarkan di kawasan tempat mengundi, mengundang 'mood' pilihanraya yang hambar tidak seperti sebelum ini.

Penyokong-penyokong PAS dan BN kelihatan 'penat' dan hanya duduk di bahu-bahu jalan berhampiran pusat pengundian.

Laungan sorakan yang selama ini mewarnai perjalanan hari mengundi tidal lagi kedengaran dan kehadiran pengundi juga dilihat kurang.

Dipercayai, tiada kebenaran untuk kempen selepas 12 tengah malam tadi (Isnin) hingga keputusan diumumkan hari ini (Selasa), menyebabkan berlakunya beberapa kejadian tidak diingii berlaku - protes dan serangan ganas pemuda Umno Kepala Batas dan Kesatria Pemuda Umno Malaysia.

Sehingga tengah hari tadi, penyokong-penyokong parti yang bertanding dilaporkan sudah meninggalkan kawasan pusat pengundian ekoran penguatkuasaan peraturan baru itu.

Penyokong-penyokong parti yang bertindak sebagai perayu bertindak meninggalkan kawasan pusat pengundian sejak 1 tengah hari tadi, dipercayai apabila sudah rasa bosan ekoran larangan baru tidak boleh 'berkempen' dan penat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.