Halaman

Ahad, 23 Ogos 2009

Pesakit kronik amalkan susu Gluco LPD di bulan puasa

DETIKDAILY


Umat Islam seluruh dunia menyambut ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubharak atau lebih dikenali dengan nama bulan puasa di kalangan umat Islam di Malaysia dengan meriahnya. Di antara perkara penting ketika menjalani ibadah puasa ialah aspek pemakanan yang merupakan yang perlu di titik beratkan terutamanya oleh individu yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, kardiovaskular, batu karang, buah pinggang, kanser dan sebagainya.

Kajian mendapati bahawa, ketika berpuasa di bulan Ramadhan kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi dengan aktif. Di mana, berpuasa digunakan dalam kaedah perubatan tertentu seperti pengurusan berat badan, menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan.

Di antara kesan fisiologi bagi individu yang berpuasa ialah dapat menurunkan paras gula dan kolesterol darah, menurunkan tekanan sistolik darah serta memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan.

Pada hakikatnya, berpuasa di bulan Ramadhan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit seperti diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang dan buah pinggang, kebiasaannya mereka yang ingin menjalankan ibadah puasa disarankan mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Sehubungan itu, sebuah syarikat bumiputera yang mengeluar dan mengedarkanan susu formula kesihatan iaitu Gluco LPD Plus ingin mengesyorkan kepada individu samada mereka memiliki tahap kesihatan yang baik ataupun kurang memuaskan supaya cuba mengamalkan susu tersebut sebagai pemakanan tambahan di bulan puasa.

Ini kerana, susu kesihatan Gluco LPD Plus adalah sejenis minuman berkhasiat yang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh, di samping dapat meningkatkan sistem daya tahan (imunisasi) seseorang.

Ia adalah sejenis susu tepung rendah laktos yang mengandungi kolostrum lembu bergred tinggi, probitik dan glucomannan yang dapat menjamin kesihatan yang unggul. Kolostrum ialah bahan mentah hasil sumber tenusu yang dicipta oleh Allah SWT sebagai pemakanan tambahan yang mengandungi nutrisi lengkap.

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamudaripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah (Iaitu) susu yang bersih, yang mudahdiminum,lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya. " Surah An Nahl ayat 66.

Menurut Eksekutif Pemasaran DBY Trade Corporation (DBY) Sdn.Bhd. Cik Suahniza Ahmad bahawa, pengguna disaranan mencubanya terlebih dahulu kerana mereka yang telah mengamalkannya telah mengalami perubahan kesihatan yang ketara, di mana tahap kesihatan bertambah baik, sekaligus dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dan selesa.

Katanya, perlu diketahui bahawa susu kesihatan Gluco LPD Plus bukanlan makanan kesihatan yang mengandungi toksid, tidak mendatangkan alergik serta bertindakbalas dengan makanan tambahan lain yang mungkin diamalkan oleh pengguna, di samping ia juga bukan ubat”.

Di antara kebaikan mengamalkan susu Gluco LPD Plus di bulan puasa ialah meningkatkan daya ketahanan tubuh..lebih-lebih lagi negara sekarangsedang dilanda wabak H1N1, dapat mengurangkan rasa lapar serta menambahkan tenaga di bulan puasa.

Suhaniza menambah, kesan boleh dilihat setelah seminggu minum susu ini, di mana badan akan menjadi lebih bertenaga, InsyaAllah. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubunginya di talian 016-4237585 ataupun agen-agen syarikat yang berhampiran.

Sempena dengan promosi bulan puasa, pihak syarikat DBY akan memberi potongan harga sehingga 25% setiap unit termasuk caj penghantaran melalui pos laju.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.