Ditulis oleh Te@M.IT
PERMATANG PASIR - "Di dalam Islam dinyatakan bahawa Isteri ialah pakaian bagi suami dan suami pakaian bagi isteri, tapi UMNO dan Barisan Nasional langsung tidak boleh pakai" Lim Guan Ng berseloroh ketika berceramah di Permatang Pasir semalam.
Beliau yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang meyakini pribadi Ustaz Salleh Man yang jujur, baik dan soleh. Dengan itu beliau berpandangan calon PAS itu adalah yang terbaik untuk kaum melayu, cina dan india di Permatang Pasir.
"Mana mungkin orang yang baik seperti Ustaz Salleh Man boleh dituduh menggelapkan duit pilihanraya sebanyak RM 600 000" ujar beliau merujuk kepada serangan pribadi yang dibuat oleh UMNO terhadap calon PAS itu.
Menurut beliau juga, suatu yang pelik apabila dikatakan Ustaz Salleh Man menggelapkan wang sebanyak itu sedangkan untuk PAS mendapatkan RM 3000 pun belum tentu.
Turut hadir dalam ceramah tersebut ialah Dr mansor othman, Lim Kit Siang dan Badrul Hisham.
Lim Guan Eng turut manambah bahawa wakil rakyat DAP, PAS dan PKR yang menang hanya dengan tujuan berkhidmat kepada rakyat berbeza dengan UMNO dan Barisan Nasional yang hanya mengkayakan kroni dan pemimpin-pemimpin mereka.
Di dalam ceramah tersebut, Lim Guan Eng mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam dan berharap calon PAS, Salleh Man berjaya mengekalkan kemenangan rakyat pada 25 Ogos ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.