Harakahdaily
KUALA TERENGGANU, 3 Sept: Di tengah-tengah spekulasi sembilan Adun Umno akan meninggalkan parti untuk menyertai Pakatan Rakyat, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin turun ke Terengganu hari ini.
Beliau dijadualkan akan pergi ke pusat masalah dan lubuk kepada Ketua Pembangkang Dun Terengganu, Datuk Harun Taib iaitu Hulu Terengganu.
Muhyidin dijadualkan berjumpa dengan ketua masyarakat jam lima petang ini di Pejabat Umno Hulu Terengganu. Sebenarnya pertemuan petang ini adalah dengan pemimpin Umno tetapi oleh kerana lawatan ini atas nama timbalan perdana menteri, dalam kertas program Muhyidin di sebut bertemu dengan ketua masyarakat.
Muhyidin kemudiannya dijadualkan berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang. Untuk solat Isya dan Terawih pula Muhyidin memilih Masjid Telok Menara yang terletak dalam Dun Manir yang diwakili Harun Taib.
Ketua Umno Hulu Terengganu yang juga Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu adalah Tengku Putera Tengku Awang. Yang Dipertuan PAS Hulu Terengganu adalah Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS.
Sebelum ini, sebuah akhbar politik mingguan, Siasah melaporkan dimuka depannya, jika terbentuk kerajaan baru di Terengganu, Harun adalah calon Menteri Besarnya. Ini kerana, dia adalah ketua pembangkang Dun dan juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.
ImageMenurut sumber PKR, sembilan Adun Umno telah bersetuju untuk menyertai mereka dan seterusnya bergabung dengan PAS bagi membentuk kerajaan baru di Terengganu.
Adun Ajil, Rosol Wahid menolak laporan ini tetapi Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad mengaku ada rundingan dibuat yang melibatkan beberapa orang wakil rakyat berkenaan cadangan untuk lompat parti.
Pertemuan juga telah diadakan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel terkenal di Kemaman sebelum ini.
Ketika kemuncak masalah Umno Terengganu sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamudin Hussein telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.
Dengan kedatangan Muhyidin ke Terengganu hari ini ada yang membuat andaian seolah-olah Hisham gagal untuk menyelesaikan masalah di Terengganu sehingga Muhyidin terpaksa turun sendiri.
KOMEN PEMBACA
1. Apakah akan tambah lagi satu kerajaan PR selepas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor? - Anis, Selayang.
2. Pemimpin UMNO sekarang ni mudah sangat melatah..Walaupn sesuatu berita itu hanyalah andaian sahaja, tetapi mereka sudah tidak senang duduk.. ibarat cacing yg kepanasan..- hunt3, Segambut.
3. Bagus le kalau terengganu dapat ditawan. - Dash,KL.
4. KALAU PERAK BOLEH DIRAMPAS SEBEGITU RUPA...APALAH KIRANYA JIKA TERENGGANU JADI CERMINNYA. - Mohd Rizan, PJ.
5. Harap-harap Pakatan Rakyat dapat merampas kerajaan Terengganu dari UMNO/BN. Sebagaimana apa yang dilakukan oleh BN di Perak iaitu merampas kerajaan PR yang sah maka itu lah perkara yang kita patut lakukan atas mereka (BN) untuk mengajar mereka berbudi bahasa dan jangan biadap pada rakyat. Rakyat dah muak dengan permainan wayang mereka.Moga-moga hancur kerajaan UMNO/BN di Terengganu...Amin! - Saiful Bahri, Gombak.
6. Moga berlaku pula di terengganu saperti mika buat diperak. - Mohd Majid, Grik.
7. Permasalahan BN lagi teruk di Terengganu. sesama sendiri berebut kuasa.itulah kalo memerintah mengikut nafsu. pemimpin BN memang tak boleh pakai.harap2 di Terengganu Pakatan dapat mengambil alih. - DETEKTIF RIZALMAN CONAN.
8.Seandainya Allah mentakdirkan sebuah kerajaan Islam lagi di Terengganu.. saya harap pemimpin-pemimpin PR dapat menawan dan mentadbir negeri tersebut dengan cara yang paling adil dan demokrasi supaya rakyat tidak keliru seperti krisis yang berlaku di Perak sekarang ini. - Lukman Sahran,Sentul.
8. Secara peribadi sy amat tak setuju jika pr mahu memerintah sesebuah negeri dgn cara mengambil adun2 yg melompat parti spt ini.jika pr berbuat demikian bermakna pr juga merestui apa yg umno buat di perak. - Man,Sg Besi.
9. Mengapa kita suka sangat dengan kerajaan lompat? Takkanlah 9 luncai tu baru faham perjuangan dalam politik. Takyah masuk PKR, sebaliknya letak jawatan dan serahkan kepada rakyat. Ini bukan tukar pakaian! - Faizal, Kota Bharu.
10.Ha dah gelabah biawak la tu yang sampai kalut nak pi Terengganu. Patut muhyidin bawak la segala pak mentri join skali jadi defend - Dont Worry B Happy.
11. BN dah takut ler tu�.dah le Selangor jatuh ke tangan PR, Kelantan lak nak claim royalty minyak, Terengganu yang kaya minyak plak ada ura-ura nak jatuh gak�.UMNO-BN nak makan ape lepas ni�.dulu boleh mintak dengan Tiong, Kuala Dimensi, sekarang nie tengah bertelagah le pulak�.GAMUDA dah tengah sengkek buat modal rompakan besar-besaran Perak dulu�.mane nak cari sumber nie nak standby� pilihanraya kecil akan datang bila bila masa�tak de duit tak menang le. - kampar boy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.