Halaman

Isnin, 7 September 2009

Guan Eng: Kerajaan Pusat Layak Dapat 'F'

TV ANTARA .COM


Georgetown akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Kewangan Nor Mohamed Yakcop untuk membincangkan kegagalan projek Rancangan Malaysia ke-9 yang dicadangkan Kerajaan Pusat untuk pulau mutiara itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata pihaknya terkejut dengan kegagalan dan penangguhan kira-kira 76 peratus dari kesemua projek RMK9 ini.

Keseluruhan projek ini dianggarkan bernilai RM7.6 bilion .

"Di bawah RMK9, sejumlah projek bernilai RM7.6 bilion diluluskan tetapi hanya RM1.5 bilion yang siap, manakala RM300 juta lagi tertangguh dan hanya dapat disiapkan tahun hadapan," tegas beliau.

"Ini bersamaan gagal 76 peratus. Jika banyak ini yang kita dapat dalam ujian di sekolah, pastinya kita dapat markah "F"," kata Guan Eng.

Guan Eng berkata demikian mengulas kenyataan Nor Mohamed bahawa kerajaan pusat akan mempercepatkan pembinaan 22 projek prasarana RMK9 Pulau Pinang yang tertangguh sebelum ini menjelang 2010.

Sebanyak 1,055 projek pembangunan fizikal dirancang dibawah RMK9. 496 darinya berjaya disiapkan manakala 22 lagi tertangguh.

Baki 537 lagi di pelbagai tahap perlaksanaan.

Nor Mohamed berkata pihaknya bersedia bertemu Guan Eng minggu hadapan untuk menjelaskan penangguhan projek-projek RMK9 di negeri itu.

Nor Mohamed berkata pihaknya akan memberikan maklumat yang tepat dan terkemaskini kepada kerajaan negeri dalam pertemuan itu nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.