Halaman

Ahad, 1 November 2009

Arahan sebat Kartika belum keluar: Abu Seman

BERNAMA


MELAKA - Kementerian Dalam Negeri masih menunggu perintah pelaksanaan daripada Mahkamah Syariah bagi mengenakan hukuman sebat terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, kerana kesalahan meminum arak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, hukuman sebat itu akan hanya dapat dijalankan dengan adanya perintah pelaksanaan itu.

“Kalau tidak ianya tidak sah. Ini berasaskan pada undang-undang,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian bangunan dan asrama Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas di sini, semalam oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pengarah Penjara Datuk Wira Zulkifli Omar.

Kartika, 32, dari Sungai Siput, Perak, didenda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.