Halaman

Sabtu, 2 Januari 2010

BN sangkal dakwaan ada wakil rakyat ‘curang’

SINAR HAIRAN ONLINE


SHAH ALAM – Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) semalam menyangkal dakwaan pembangkang mengaitkan wujud elemen ‘duri dalam daging’ dan bertindak ‘curang’ terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu disifatkan sebagai mengata diri sendiri.

“Mereka (pembangkang) sebenarnya yang curang kepada rakyat kerana tidak rasional dan mengambil kesempatan dengan mengadakan usul belah bahagian bagi Bajet 2010.

“Rakyat patut sedar, Nizar jarang hadir ke Parlimen, beliau tidak pernah berbahas dan tidak mengemukakan soalan lisan ketika perbahasan sedang berlangsung,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun beliau tidak hadir ketika sesi pengundian Bajet 2010, beliau tetap menyokong dan bersetuju dengan usul bajet itu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin pula berkata, kenyataan Nizar itu adalah bertujuan memfitnah wakil rakyat BN.

“Saya yakin dan percaya tiada Ahli Parlimen BN yang tidak setuju mengenai usul bajet tersebut,

Rosnah turut mencabar Nizar mendedahkan identiti wakil Ahli Parlimen BN ‘curang’ yang didakwa Nizar.

Kelmarin, Nizar mendakwa ada sebahagian Ahli Parlimen BN ‘curang’ kerana memberi maklumat kepada PR dalam membahaskan peruntukan Bajet 2010 serta menyebabkan BN hampir tewas undian meluluskan Bajet itu di Parlimen 14 Disember lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.