SINAR HARIAN ONLINE
GEORGETOWN - Kerajaan perlu menghentikan subsidi harga gula memandangkan gula merupakan bahan beracun kerana rakyat Malaysia mengambil secara purata 26 sudu teh gula sehari.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S M Mohamed Idris berkata, tindakan itu perlu memandangkan hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, lebih daripada 98 peratus dengan diabetes jenis dua iaitu yang dikaitkan dengan pengambilan gula yang tinggi.
“Dengan penarikan balik sepenuhnya subsidi, harga gula akan meningkat 80 sen bagi setiap kilogram tetapi ini tidak sepatutnya membawa kepada peningkatan mendadak harga makanan dan minuman berasaskan gula.
“Berdasarkan pengiraan CAP, kos ramuan utama secawan teh tarik dan Milo ialah kira-kira 39 sen sahaja, walau bagaimanapun ia dijual pada harga RM1 hingga RM1.20,” katanya kepada media di pejabatnya, semalam
Menurutnya, negara lain seperti Filipina, Indonesia dan Thailand mempunyai pendapatan per kapita yang lebih rendah berbanding Malaysia tetapi membayar lebih tinggi bagi harga gula mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.