Halaman

Jumaat, 8 Januari 2010

RM1 Klinik 1Malaysia

Oleh talikasutkayu

"Hari ini Perdana Menteri Dato Seri Najib melancarkan klinik 1Malysia yang dikenakan bayaran cuma RM1 untuk perkhidmatan sakit biasa seperti demam, selsema batuk. Perkhidmatan berkualiti dijanjikan untuk memenuhi harapan rakyat.

Tahukah kita pada tahun 80an hospital kerajaan telah mengenakan bayaran RM1 untuk setiap pesakit luar di negara ini. Contohnya di Hospital Kuala Terengganu.

Ini bermakna bayaran RM1 telah lama diperkenalkan. Hakikatnya mungkin kebanyakan rakyat marhaen sudah lupa.

Perdana Menteri memberi jaminan perkhidmatan berkualiti diklinik 1Malaysia. Bagaimana pula dihospital kerajaan?. Adakah kualiti perkhidmatan di hospital kerajaan memenuhi standard yang diperlukan dan mencapai misi dan visi kementerian kesihatan.

Mungkin mustahil ini kerana saban tahun kita mendengar, membaca dimedia massa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kecuaian demi kecuaian berlaku ada diantaranya kejadian kain tertinggal didalam perut pesakit dan banyak lagi kejadian kejadian menyayat hati.

Bagaimana kesudahan kes kecuaian ini?. seperti biasa ianya dianggap kes terpencil. Betapa terseksanya jiwa malah tahap kepercayaan rakyat terhadap kualiti hospital kerajaan berada ditahap rendah.

Janganlah menjanjikan kualiti seandainya saban tahun nilai diri pesakit masih tidak dinilai sepenuhnya.


http://talikasutkayu-talikasutkayu.blogspot.com/"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.