OLEH AINOL AMRIZ ISMAIL
SEREMBAN – Enam sekeluarga yang dalam perjalanan bercuti mati rentung dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 252.3, Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Plaza Tol Senawang awal pagi ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah memberitahu, kes pertama Ops Sikap ke-21 di negeri ini berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi ketika kereta jenis BMW 7 Series yang dinaiki keluarga malang itu merempuh sebuah treler yang rosak di lorong kecemasan.
“Difahamkan kesemua mangsa ketika itu dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung. Mereka dipercayai dari Kuala Lumpur untuk ke selatan tanah air,” katanya.
Identiti semua mangsa belum dikenal pasti kerana semua pengenalan dalam kenderaan itu turut hangus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.