Halaman

Isnin, 8 Februari 2010

Kontraktor Melayu Dapat 44 Kontrak Bernilai RM68 Juta Di Pulau Pinang

BERNAMA


PULAU PINANG: Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, daripada 66 projek kerajaan Pulau Pinang dalam tempoh dua tahun lepas, 44 daripadanya bernilai RM68 juta diberikan kepada kontraktor Melayu.

"Projek-projek itu adalah berkaitan dengan kerja pemasangan paip oleh Perbadanan Bekalan Air (PBA)," katanya kepada pemberita hari ini.

Lim juga berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan projek oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) juga diberikan kepada kontraktor Melayu.

Bagaimanapun beliau tidak menyebut nilai projek-projek itu.

Katanya. dengan amalan sistem tender terbuka, kontraktor yang mempunyai kebolehan tidak perlu lagi ke luar negara untuk mendapatkan projek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.