BERNAMA
SHAH ALAM- Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Stesen Verifikasi Pelabuhan Utara, JPJ Selangor untuk mendaftarkan sebuah kereta mewah atas nama abangnya, tiga tahun lepas.
Mohd Yusoff Ahmad, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.
Beliau didakwa menggunakan kedudukannya dengan mengarahkan pemeriksa kereta, Mohd Khadri Khalim mengesahkan nombor indeks kereta jenis Mercedes Benz C200 tanpa mengikut prosedur pemeriksaan kenderaan import.
Hasilnya kereta berkenaan didaftarkan di JPJ cawangan Muar, Johor, pada 22 Januari 2008 dengan nombor pendaftaran JKT 615 menggunakan nama abang Mohd Yusoff, Abdul Ghani Ahmad.
Mohd Yusoff didakwa melakukan kesalahan itu di Stesen Verifikasi Pelabuhan Utara, JPJ Selangor, Klang, pada 7 November 2007.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan