| Christine Chan & Aidila Razak | |||
| |
Dalam pilihanraya 2004, Umno mencatatkan prestasi terbaiknya dengan memenangi 101 ahli parlimen. Bagaimanapun, selepas pilihan raya umum 2008, jumlahnya merosot 23 orang, kepada 78.
Sebagai contohnya, kata Shahrir, wujud masalah dengan calon-calon yang bukan berasal dari kawasan (kerusi mereka bertanding.
“Para pengundi tidak boleh menerima calon-calon yang bukan berasal dari kawasan mereka sendiri,” tambahnya.
Katanya, kesilapan kedua ialah calon-calon tempatan yang dipilih tetapi para pengundi dan jentera pilihanraya parti, melihat mereka tidak layak diletak sebagai calon.
Oleh itu, katanya, dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang, Umno perlu lebih berhati-hati dalam memilih calon, dan memilih hanya mereka yang layak sahaja.
.
“Umno tidak berdiam diri, kita akan mengambil langkah-langkah perlu dan telah membuat analisis mengenainya.
“Kita tahu arah yang hendak dituju dan telah memutuskan strategi-strategi kita,” katanya.
Shahrir juga gembira dengan pindaan perlembagaan Umno yang membolehkan lebih ramai perwakilan mengundi memilih pucuk pimpinan parti dan mengambil bahagian dalam penggubalan dasar-dasar parti, walaupun beliau mengakui sukar untuk menghapuskan politik wang.
Dalam wawancara tersebut, beliau turut berkongsi pandanganya mengenai kelemahan pentadbiran perdana menteri sekarang.
Shahrir juga bercakap menyentuh tentang politik kaum di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.