Halaman

Selasa, 16 Februari 2010

Unsur politik dibawa ke IPT melalui konvensyen Umno di UiTM Pahang

Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Umno Pahang dilihat cuba menyerapkan unsur politik dalam kampus dengan mengadakan konvensyen peringkat negeri di Universiti Teknologi Mara (UITM).

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang kecewa dengan tindakan Umno yang bakal mengadakan konvensyen peringkat negeri di UiTM kampus Jengka pada 19 Februari ini.

Timbalan Ketuanya, Kamarul Hatta berkata, tindakan Umno Pahang yang akan mengadakan program parti di institusi pengajian tinggi adalah amat dikesali kerana ia bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan selama ini.

"Mereka cuba menghalang mahasiwa untuk berpolitik, tetapi sebaliknya dalam masa yang sama mereka membawa unsur-unsur politik ke dalam kampus", katanya.

Malahan kami juga difahamkan, para mahahsiwa UiTM Jengka diarahkan mengosongkan kampus pada tarikh tersebut bagi memberi kemudahan kepada lebih 2,000 ahli Umno untuk berkampung di situ.

Difahamkan perasmian konvensyen Umno Pahang itu bakal disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak sendiri.

"Sepatutnya program parti tidak wajar diadakan di mana-mana kampus IPT di negara kita. Jika UMNO dibolehkan, maka kenapa pula parti lain tidak dibenarkan?. Inilah satu sikap double standard yang diamalkan sebenarnya", tambah Hatta lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.