KUALA LUMPUR : Kerajaan sewajarnya mencontohi negara seperti India di mana Ahli Parlimen (AP) yang 'lompat parti' secara automatiknya akan hilang kelayakan dan jawatan sebagai Yang berhormat bagi memelihara prinsip demokrasi.
"Gerakan Rakyat Intergriti dan Anti Korupsi (Gerak) melihat fenomena ini semakin membimbangkan seolah-olah mengkhianati dan menodai kepercayaan pengundi khususnya dan rakyat amnya terhadap amalan sistem demokrasi berperlembagaan negara.
"Lebih membimbangkan, lagi jika fenomena tersebut melibatkan gejala rasuah dan suapan politik bernilai jutaan ringgit bertujuan membeli ahli parlimen (AP) berkenaan," kata ahli lembaga Pengarah Gerak dalam kenyataan media yang dihantar kepada erapakatan.com.
Gerak juga dalam kenyataannya menyeru agar AP Malaysia lebih berintegriti dan amanah terhadap tanggungjawab memperjuangkan nasib rakyat dan negara serta mencontohi amalan Khalifah Umar al-Khattab yang sentiasa berfikir dan bekerja untuk mengenyangkan perut rakyat.
Justeru, Gerak menggesa agar pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) memantau gejala 'lompat parti' secara rapat dan seterusnya mengambil tindakan segera sekiranya terdapat bukti yang jelas.
Gerak juga, tambahnya, mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk bekerjasama dan mengajukan bukti tersebut kepada pihak berkuasa.
Kebelakangan ini, katanya, beberapa pemimpin bermasalah dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah belot dan melompat parti.
Mereka termasuklah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Samsuri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.