Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa UMNO sedang memperalat bekas pemimpinnya yang keluar parti, termasuk Mohamad Fairus Khairuddin supaya melemparkan tuduhan buruk terhadap parti dan Pakatan Rakyat (PR) bagi menunjukkan kepincangan parti itu.
Naib Presidennya, Mustafa Kamil Ayub berkata, kenyataan buruk yang dilemparkan oleh bekas pemimpin PKR adalah satu tuduhan dan pendekatan demi memenuhi perjanjian di antara mereka dengan UMNO.
“Saya tidak memikirkan perkara itu serius dan masyarakat akan mengambil kira apa yang disampaikan kerana rakyat lebih tahu dan mengenai mereka,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin mendedahkan terdapat beberapa pemimpin dalam PKR yang mengamalkan taktik politik tidak bertamadun .
Fairus berkata, individu ini yang boleh dikatakan ‘firaun kecil’ menjalankan gerakan untuk menjatuhkan rakan dalam PKR.S/H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.