Halaman

Sabtu, 6 Mac 2010

Forum Bajet 2010 Kesan Kepada Rakyat 7 Mac

Harakahdaily


KUALA TERENGGANU: Forum Rakyat yang bertajuk Bajet 2010: Kesan Kepada Rakyat akan diadakan di pekarangan Surau Ehsan, Gelong Bilal pada 7 Mac ini bermula jam 9.00 malam.

Forum tersebut membariskan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail, Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus sebagai ahli panel.

Majlis anjuran Sukarelawan Pendidikan Rakyat (Kawan) dan PAS Terengganu itu dipengerusikan oleh Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP) negeri, Haji Mohd Draman.

Setiausaha Kawan, Mohd Harun Ibrahim berkata, hadirin akan mendapat penjelasan berhubung bagaimana Bajet 2010 dibelanjanakan oleh kerajaan dan kesan kepada rakyat dalam suasana ekonomi negara yang tidak menentu hari ini.

Katanya, pihak penganjur juga mahu mengajak rakyat supaya kembali kepada sistem ekonomi Islam bagi menyelesaikan permasalahan yang sedang melanda kehidupan masyarakat sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.