HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mac 2010

Isteri Ellie tuntut cerai

Oleh Siti Nurazlinee Azmi


KUALA LUMPUR: Isteri kepada warga Lubnan, Ellie Youseff Najem, Farinnie Mohd Farid memberitahu Mahkamah Rendah Syariah semalam, suaminya pernah memaksa beliau melakukan persetubuhan di depan kamera web supaya perbuatan itu boleh disaksikan oleh orang lain.

Farinnie, 24, yang menuntut cerai fasakh, berkata suaminya kerap meliwat beliau sejak mereka berkahwin pada 6 Oktober 2005, selain melarangnya solat dan berpuasa.

Plaintif berkata, selain kerap diliwat, defendan turut memaksanya melakukan persetubuhan walaupun dalam haid atau berpantang selain menyuruhnya makan dan minum di khalayak ramai ketika Ramadan.

Farinnie yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata jika perbuatan suaminya itu ditegur atau dimarah, Ellie Youseff, 50, akan mengamuk dan memukulnya.

“Saya pernah menjauhkan diri daripadanya tetapi kembali bersama semula selepas dipujuk. Lagipun saya sudah berkahwin dengannya dan cuba memberinya peluang untuk berubah. Malangnya beliau tidak pernah berubah dan pada 30 Ogos 2007, saya nekad untuk tinggalkan defendan, ” katanya.

Beliau yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes permohonan fasakh itu berkata, defendan juga pernah mencabul kehormatan rakan ibu saudaranya malah sering menjadi orang tengah untuk mencari pelacur bagi menghiburkan kenalannya yang datang ke negara ini.

“Defendan pernah membawa saya ke sebuah kelab untuk mencari perempuan dan sekiranya tidak memperoleh apa yang dihajati, dia akan memukul dan menghina saya serta agama Islam dengan kata-kata kesat.

“Sejak bergelar isterinya, saya rasa dipermainkan dan tertekan dengan sikapnya yang bukan saja suka berfoya-foya tetapi gemar menghabiskan duit dengan berjudi dan minum arak selain melakukan perbuatan yang melanggar hukum syarak.

“Dia juga ada memaksa saya memakai salib, tetapi gagal kerana saya memberontak sehingga menimbulkan pertengkaran antara kami,” katanya.

Katanya, beliau pernah menerima beberapa keping gambar Ellie bersama seorang wanita warga Filipina yang diakui sebagai isteri berserta surat yang menghina serta membezakan dirinya dengan wanita itu.

Prosiding di depan Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh hanya dilakukan sebelah pihak berikutan defendan tidak pernah hadir ke mahkamah dan tidak diwakili peguam.

Hasil perkahwinan plaintif dan defendan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Price-Kovadis Elias, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Perbicaraan bersambung 7 April depan.

Tiada ulasan: