SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM - Pengarah Jabatan Agama Islam (Jais), Datuk Mohamed Khusrin Munawi mengesahkan pihaknya telah mula melakukan siasatan kes terhadap Siti Nurhanim Aziz, 25, ibu mangsa dera Syafia Humairah Sahari.
Beliau berkata, kertas siasatan juga telah dibuka bagi menyiasat status perkahwinan dan dakwaan beliau bersekedudukan dengan teman lelakinya sehingga melahirkan anak luar nikah.
“Jais telah melakukan siasatan bermula Ahad lalu sebagaimana yang saya arahkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Terdahulu, Mohamed Khusrin telah mengarahkan pegawai penguat kuasanya menyiasat kes dakwaan bersekedudukan dan juga status perkahwinan wanita tersebut.
Ketika ditanya sama Jais telah mengambil keterangan ibu mangsa, beliau berkata, pegawai penyiasatan masih belum memaklumkan perkara itu kepadanya.
“Saya masih belum dimaklumkan lagi mengenai perkara itu. Bagaimanapun, saya aka:n beritahu kemudian,” katanya.:
Syafia Humairah mati dengan kesan luka pada muka dan perut dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya dekat kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali.
Syafia Humairah dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain muka, dagu, telinga serta lebam di kaki dan tangannya.:
Siti Nurhanim sebelum ini turut menafikan laporan bahawa beliau sedang hamil empat bulan hasil hubungan dengan suspek yang membunuh anak perempuannya itu.
Laporan akhbar menyebut dia dan suspek berusia 28 tahun itu ada seorang anak lelaki berusia setahun enam bulan, bagaimanapun Siti Nurhanim mendakwa anak bongsunya itu, Shakimi Iqbal Sahari adalah anak bersama suaminya Sahari Usol yang kini ditahan reman tanpa jaminan di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.
Bagaimanapun, kakak ipar Siti Nurhanim, Jaliah Usul meragui laporan media yang menyebut adik iparnya sebagai mendakwa anak ketiganya itu, Shakimi Iqbal sebagai anak dengan suaminya (Sahari).
Jaliah yang mengakui keluarganya turut mengalami tekanan berhubung laporan media mencadangkan ujian deoksiribonukleik (DNA) dilakukan supaya kebenaran mengenai status sebenar anak tersebut diketahui.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan