SINAR HARIAN ONLINE
SHAH ALAM – Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menemui beberapa petunjuk baru behubung laporan bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah ibu mangsa pembunuhan kejam adik Syafia Humairah Shaari dengan pasangannya.
Kes pasangan berkenaan disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
:Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Hidayat Abdul Rani berkata, walaupun mempunyai beberapa petunjuk baru, pihaknya perlu melakukan siasatan terperinci lagi.
"Dengan cukupnya bukti, kita boleh mendakwa seseorang itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
Ibu mangsa, Siti Nurhanim Aziz, 25, dikatakan bersekedudukan dengan teman lelakinya selepas suaminya dipenjarakan kerana terlibat dengan perintah reman berikutan satu kes jenayah.
Ketika ditanya apakh petunjuk baru tersebut, Mohd Hidayat enggan mengulas lanjut.
Dalam kejadian pada 25 Febuari Kampung batu 30 di Ulu Yam Lama, Batang Kali, adik Syafia Humairah, 3 dipercayai ditampar dan disepak berulangkali sehingga mangsa mengalami kecederaan parah pada tubuh dan muka sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.