Halaman

Ahad, 7 Mac 2010

Kampung Plentong, penduduknya masih mengutip sisa rumah

Oleh Mohd Ali Bakri


JOHOR BAHRU : Setelah tiga tahun kampung-kampung setinggan di sini dirobohkan, masih ada saki-baki penduduk yang hadir sesekali kembali mengutip sisa-sisa daripada rumah mereka yang ranap di sini.

Tinjauan erapakatan baru-baru ini mendapati, masih ada beberapa buah rumah kampung yang masih berpenghuni dan sesekali ada kalangan penduduk sekitar yang berterusan datang mengutip kembali barang-barang mereka yang mungkin berharga atau besi-besi lama yang mungkin boleh dijual.

Dengan kedudukan yang tidak tersusun, tambahan pula dengan musim tidak menentu, maka pada Mac tahun lalu, kampung ini diancam banjir dan kebanyakan keluarga telah dipindahkan di Sekolah Permas Jaya. Jumlah yang dipindahkan hampir 1,100 orang.

Manakala pada April tahun lalu, perkampungan setinggan di Kg Plentong Tengah di sini mula dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Pada Oktober 2008, kira-kira 27 orang telah ditahan termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, kerana menghalang kerja-kerja merobohkan Kampung Baru Plentong Tengah di sini. Mereka, bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin, RM1,000 setiap seorang.

Dalam kejadian rempuhan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di situ, kebanyakan penduduk mengadakan benteng manusia di sepanjang jalan masuk kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mereka berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dalam kejadian 2008 itu, seorang penduduk tempatan mendakwa, kira-kira 100 anggota polis (FRU dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.