Parti-parti berasaskan perkauman seperti Umno, MCA, MIC dan lain-lain bakal berkubur jika mereka terus memainkan isu perkauman sebagai taktik untuk menarik sokongan. Ini kerana rakyat Malaysia hari ini dan akan datang sudah celik politik dan faham bahawa rakyat Malaysia sudah tidak boleh lagi berjuang atas assabiyah dan perkauman sempit. Parti-parti itu tidak boleh hidup dengan membakar api perkauman kerana ianya jelas merbahaya dan ketinggalan zaman.
Umno, MCA dan MIC terbukti sudah lapuk dan ketinggalan zaman kerana masih mengamalkan politik perkauman sempit sesuai dengan nama parti masing-masing iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno), Malaysian Chinese Association (MCA), Malaysia Indian Congress yang dengan jelas menggunakan nama kaum parti mereka.
Begitu juga dengan MCA dan MIC.
Petunjuk jelas bahawa masa depan parti-parti perkauman ini gelap ialah keputusan Pilihanraya Umum 12 di mana MCA dan MIC ditolak rakyat di mana kedua-dua parti itu tewas teruk dalam sejarah pilihanraya Malaysia. Manakala Umno hanya dapat bertahan di kawasan luar bandar dan ulu.
Tidak syak lagi jika mereka tidak mahu berubah manakala kerajaan BN tidak mahu mengamalkan demokrasi dan keadilan sepenuhnya maka mereka akan dimasukkan ke muzium oleh rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.