| Abdul Rahim Sabri | |||
| |
Tambahnya, pemimpin tinggi parti seperti Syed Husin sepatutnya berusaha mengukuhkan parti daripada "meneruskan dendam peribadinya"
"Saya berharap demi rakyat yang dahagakan perubahan di negara ini, Syed Husin yang tinggi kalibernya, sekurang-kurangnya menaikkan standardnya dari standard kebudak-budakan.
"Tetapi saya faham, buluh tua tidak boleh dilentur lagi," sindir Salehuddin dalam satu kenyataan balas hari ini.
Syed Husin dalam satu kenyataan hari ini mendakwa Salehudin melepaskan jawatan setiausaha agung PKR kerana permohonannya untuk menjadi CEO Perangsang, dengan gaji lebih daripada RM50,000 sebulan ditolak.
Menjawab perkara itu, Salehuddin berasa kecewa dengan tindakan yang mengaitkannya dengan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor itu.
Mengulas dakwaan Syed Husin bahawa beliau menerima gaji sebanyak RM9,000 sebulan, Salehuddin berkata jumlah tersebut "sangat kecil" jika dibandingkan dengan masa yang dicurahkan dan gaji terakhirnya sebelum bersara daripada dunia perniagaan.
Salehuddin menambah, sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai setiausaha pengelola dan ketua kakitangan di pejabat Anwar selama 4 tahun secara sepenuh masa tanpa apa-apa bayaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.