HALAMAN SANTAI

Sabtu, 3 April 2010

Bayar Apco RM20j: Izzah mahu kerajaan buat penjelasan

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan supaya membentangkan di Dewan Rakyat berhubung isu pembayaran kira-kira RM20 juta kepada firma komunikasi antarabangsa, Apco Worldwide yang didakwa mempunyai hubungan dengan kerajaan sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan.:

Menurutnya, isu tersebut perlu dibincangkan memandangkan ianya melibatkan dana daripada wang rakyat.

“Walaupun berapa jumlahnya, RM20 juta...(atau) RM40 juta, ianya perlu dibentangkan di Parlimen supaya kita tahu di mana wang rakyat dibelanjakan dan perlukah ianya dibelanjakan sedangkan sedia maklum keadaan ekonomi kini.

“Subsidi untuk rakyat banyak yang hendak dipotong, harga barangan lain hendak dinaikkan tetapi apakah keperluan membayar sebegitu banyak khidmat konsultan kepada firma komunikasi antarabangsa?,” katanya sewaktu melancarkan majalah terbaru Zunar ‘Isu Dalam Katak’, semalam.

Majalah ‘Isu Dalam Katak’ berharga RM10 senaskhah itu adalah sebuah majalah kartun isu semasa yang dihasilkan oleh Zunar serta kartunis-kartunis seperti Jonos, Ronasina, Art, Lan dan Naza.

Antara yang menarik dalam Isu Dalam Katak ialah seksyen ’wilayah katak’ yang dipenuhi dengan karya-karya menyindir ahli politik yang melompat parti.

Tiada ulasan: