| S Wahab |
| Kerajaan telah mengkhianati rakyat samada bumiputera maupun bukan bumiputera. Tidak ada kouta untuk bumiputera dan bukan bumiputera di gariskan di dalam MEB. Lebih berbahaya lagi ialah kerajaan seolah-olah membenarkan rakyat asing menguasai ekonomi dan memegang ekuiti di dalam negara kita. Dasar Liberalisasi Ekonomi Negara (DLNE) yang diumumkan tahun lalu dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat telah dianaktirikan kini MEB lebih dahsyat lagi.
Dasar ini membenarkan ekuiti asing telah ditingkatkan daripada 49 peratus kepada 70 peratus, serta pemansuhan FIC dan Penubuhan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) manakala nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing pula ditingkatkan daripada RM250,000 kepada RM500,000. Lebih malang lagi MEB langsung tidak menetapkan kouta Bumiputera dan Bukan Bumiputera, maknanya rakyat asing boleh membolot seberapa banyak ekuiti yang mereka suka tanpa had. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.