| Salhan K Ahmad | |||
| |
Noh menyatakan demikian dengan merujuk satu kenyataan pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.
Syed Ibrahim dipetik akhbar Sinar Harian hari ini sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.
N
"Dulu, Mafrel dilantik SPR sebagai badan pemantau bebas.
"Kalau betul-betul bebas, kenapa tidak pertikai sumbangan daripada kerajaan negeri (Selangor) juga?," soalnya.
"Mafrel sudah tidak layak jadi badan bebas untuk pantau mana-mana pilihan raya. Saya minta SPR kaji semula kedudukan Mafrel sebagai pemantau," katanya.
Bercakap dalam sidang media di parlimen hari ini, Noh yang juga ahli parlimen Tanjong Karang berkata, Syed Ibrahim mengeluarkan pandangan itu tanpa melihat sendiri situasi sebenar di Hulu Selangor.
"Cuba dia turun tengok sendiri bendera parti apa yang banyak dinaikkan sekarang (di Hulu Selangor)?" soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.