KUALA LUMPUR : Penduduk setinggan di negeri Johor terus ditindas dan hilang tempat berteduh kerana kerana Kerajaan Negeri dengan rakus telah merobohkan rumah mereka tanpa jaminan yang sewajarnya.
Kampung Seri Rahmat I dan Seri Rahmat 2 telah dirobohkan dan yang paling menyedihkan ketika itu penduduk yang masih berada di dalam rumah tersebut dipaksa keluar oleh pihak polis. Operasi merobohkan rumah setinggan di Kampung Desa Pinggir, Kempas juga telah disambung semula setelah operasi meroboh itu ditangguhkan akibat bantan penduduk sekitar.
“Yang dikesalkan, pada peringkat awal, sudah ada perbincangan dengan Pejabat Tanah Daerah Selangor. Mereka berjanji akan bagi saguhati kerana tiada pampas an dan akan menyediakan lori untuk memudahkan penduduk berpindah ke rumah PPRT.
“Namun janji hanya tinggal janji. Mereka langsung tidak menunaikan janji mereka malah tiada lori pun yang disediakan untuk penduduk mengangkut barang-barang mereka ke rumah PPRT tersebut,” Kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Johor, Zabidie Abas kepada Erapakatan.
Menurut Zabiedi , rumah PPRT yang diberikan serba kekurangan apabila tiada kemudahan air dan elektrik yang disediakan kerana belum mendapat kelulusan dari CF lagi.
Selain itu Pejabat Tanah juga berjanji yang akan membenarkan penduduk mendiami rumah PPRT tanpa bayaran untuk beberapa tempoh yang ditetapkan. Namun penduduk sudah mula diarahkan membayar RM 840 sebagai pendahuluan dan RM124 perlu dibayar pada setiap bulan.
“Bukan semua penduduk yang mampu berpindah. Sesetengah penduduk yang tidak mampu berpindah terpaksa memasang khemah dan duduk di dalam khemah itu bersama barang-barang mereka selepas perobohan tersebut,” jelas Zabidie lagi.
Namun beliau kesal apabila terdapat beberapa premis di kawasan itu yang tidak dorobohkan malahan semasa operasi perobohan berlaku premis itu ditutup dan langsung tidak diganggu oleh pihak berkuasa.
“Kita sedih kerana keseluruhan penduduk di situ adalah orang Melayu. Kita dengar kawasan yang diambil itu akan dibina hospital namun apa yang pelik kerajaan negeri tiada duit. Jadi bagaimana mahu membina hospital tersebut,” kata Zabidie.
“Saya pasti kawasan tersebut akan dibangunkan oleh pemaju yang telah diberi hak. Maknanya tanah itu akan dijual. Kita bimbang akhirnya tanah di johor ini akan dimiliki oleh rakyat singapura kerana harga tanah dan rumah yang tinggi dan penduduk johor sudah tentu tidak mampu membelinya,” kata beliau lagi.
Zabidie berkata, penduduk setinggan di Johor yang ada ketika itu perlu bersedia dan menerima kemungkinan rumah mereka juga akan dirobohkan seperti yang berlaku di Kampung Desa Pinggiran, Kampung Seri Rahmat 1 dan 2 baru-baru ini.
“Masyarakat Melayu perlu sedar dan membuang harapan yang mereka akan dibela tetapi pada masa yang sama mereka sendiri yang telah ditindas,” tegas Zabidie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan