Halaman

Jumaat, 2 April 2010

Permit Erapakatan Dinafikan, Kebebasan Media terus Berkubur - Sofi Wahab

Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Kebebasan media di negara kita terus berkubur apabila satu lagi akhbar dinafikan permit penerbitanya iaitu Kabar Era Pakatan.

Kementerian Dalam Negeri telah memberikan pelbagai alasan yang tidak konkrit mengapa akhbar itu tidak disambung permitnya.

"Terbukti bahawa kebebasan media di negara kita terus berkubur walaupun pemimpin negara mendakwa kita sedang menuju era negara maju.

"Lebih malang lagi, rakyat terus disogokkan dengan laporan berat sebelah yang dihidangkan oleh semua media arus perdana di mana laporan tentang parti-parti selain dari Barisan Nasional (BN) sering dimanipulasi untuk menggambarkan keburukan mereka," kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab kepada Erapakatan.

Menurut beliau, berita-berita yang disiarkan oleh media pengampu ini hanya untuk kepentingan BN. Malah etika kewartawanan sering dilanggar dengan memuatkan berita-berita palsu, fitnah dengan menyelewengkan fakta sebenar.

"Saya menggesa kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri supaya segera memperbetulkan keadaan ini supaya imej negara kita yang buruk dari segi kebebasan media dapat diperbaiki dengan segera," tegas beliau.

Bagi beliau, tindakan berat sebelah dan tidak demokratik ini tidak memberikan apa-apa kebaikan dengan negara dan rakyat.

"Jika tujuan kerajaan dan kementerian melakukan perkara ini adalah untuk menghalang rakyat mendapat maklumat sebenar maka bagi saya ia adalah silap.

Ini kerana rakyat mempunyai alternatif lain seperti portal berita, blog, facebook dan lain-lain yang tersedia di internet," kata Sofi lagi.

Sofi berpendapat, tidak ada gunanya menghalang kebebasan media kerana ianya menimbulkan lebih rasa tidak puashati dan kebencian rakyat kepada BN.

Semalam kilang pencetakan akhbar di Shah Alam telah dihalang daripada meneruskan kerja-kerja mencetak akhbar Konsep oleh penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) negeri Selangor.

4 orang pegawai KDN daripada cawangan negeri Selangor telah datang ke kilang cetak akhbar berkenaan dan memberi amaran supaya tidak teruskan
kerja-kerja mencetak akhbar Konsep.

Pihak penerbit akhbar Konsep pula telah menukar nama akhbar 'Konsep' kepada nama 'Kabar' yang permit penerbitan bernombor PP16761/12/2010(0262030).

Tarikh permit tamat akhbar sulung itu akan berakhir pada 27-12-2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.