Skim Caj Kesesakan Jalan Raya/Area Congestion Pricing (APC) mampu kurangkan kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur (KL) sekiranya ia dilaksanakan nanti. Bagaimana skim ini beroperasi dan mampu kurangkan jam di jalaraya KL tu?
Senang. Pengguna jalanraya dikenakan caj atau cukai kalau memandu di jalanraya KL. Kegagalan membayar caj/cukai tersebut boleh menyebabkan pengguna jalanraya didenda tidak kurang RM2000 atau enam bulan penjara. Atau dua-dua sekali. Spekulasi penulis: Kalau caj yang dikenakan tu tinggi, macam kita naik tol, dah tentu kita akan fikir dua tiga kali nak drive masuk KL. Kalau hari-hari drive masuk KL, pokai la nanti. Bagi orang yang bergaji sederhana dan kebawah, lepas ni mesti pakai pengangkutan awam seperti Star-LRT, monorel atau KTM komuter. Jadi, kuranglah jumlah kenderaan kat atas jalanraya KL tu nanti. Traffic jam pun tak teruk sangat.
Tapi cadangan skim ini ditentang pelbagai pihak. Kerajaan letak beban yang sangat berat atas bahu pengguna jalanraya. Mereka mahu kerajaan menaik taraf pengangkutan awam dahulu , seperti kita sedia maklum terlalu mengecewakan perkhidmatannya, sebelum melaksanakan skim tersebut. Pastikan KTM komuter betul-betul efisien. Selain itu tambang bas akan naik mendadak kerana syarikat bas mahu menampung kos caj tersebut. Mereka juga mendakwa kesesakan jalanraya sebenarnya disebabkan oleh jalanraya di KL yang ada dua lorong menjadi satu akibat kenderaan yang meletak kereta mereka di bahu jalan.
Skim ini bukan perkara baru di dunia. Jiran kita, Singapore sudah lama melaksanakan kaedah ini. Begitu juga England. Cuma mereka guna nama berlainan. Kalau di Singapore ia dipanggil Electronic Road Pricing (ERP) manakala di England ia dipanggil Congestion Charge (CC). Tujuannya sama; kurangkan kesesakan jalanraya. Kerajaan mahu kurangkan jumlah kemasukan kenderaan ke bandar-bandar besar. Dan dalam masa yang sama mahu mendorong budaya car-pooling.
Skim Caj Kesesakan Jalan Raya/Area Congestion Pricing (APC) ini patut di semak semula memandangkan ia perkara baru di Malaysia. Kalau boleh janganlah terlalu membebankan rakyat.
Mungkinkah akan berlaku di KL nanti?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan