Halaman

Isnin, 3 Mei 2010

Tun Mahathir Bakal Berucap Di Majlis Perhimpunan Melayu Di Gong Badak

BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Tun Dr Mahathir Mohamad akan dijemput untuk memberi ucaptama dan turut membicarakan mengenai kedudukan orang Melayu dalam satu majlis anjuran Institut Intergriti Negeri Terengganu (IINT) di sini 13 Mei ini.

Turut menyertai perbincangan itu nanti ialah pensyarah dari Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.

Perhimpunan itu dijangka dihadiri lebih 5,000 orang yang akan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak pada sebelah pagi, kata Pengarah IINT, Arpin Draman.

"Kita jemput semua orang Melayu tanpa mengira fahaman politik mereka bagi mencari kedudukan dan hala tuju orang Melayu masa kini dari segi kuasa politik dan ekonomi," katanya kepada pemberita.

Perhimpunan turut dianjurkan oleh Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak).

Arpin berkata rasionalnya program itu diadakan ialah bagi menentukan matlamat dan hala tuju orang Melayu seterusnya khasnya golongan belia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.