HALAMAN SANTAI

Khamis, 24 Jun 2010

Kerajaan perlu bantu penyelidik tempatan

Hazayani Zakaria


KUALA LUMPUR: Dr Che Rosli Che Mat (PAS-Hulu Langat) meminta kerajaan memikirkan langkah terbaik bagi membantu golongan penyelidik tempatan mengembangkan produk berteraskan sains dan inovasi ciptaan mereka.

Che Rosli (gambar) ketika mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini memberitahu, beliau mendengar sendiri luahan daripada pereka-pereka tempatan mengenai masalah kekurangan dana untuk mereka mengetengahkan produk ciptaan mereka.

Malah mereka juga terpaksa mengeluarkan peruntukan sendiri untuk menyertai pameran berkenaan.

"Saya bertemu sendiri dengan peserta-peserta pameran inovasi baru-baru ini dan mereka memberitahu bahawa mereka mengalami masalah kekurangan tabung dalam usaha mereka melakukan R&D dan inovasi produk-produk baru.

"Mereka juga menyebut bahawa mereka datang untuk membuat pameran mengunakan peruntukan sendiri. Saya merasa agak terpanggil untuk menyuarakan perkara ini dan persoalan saya, bagaimanakah langkah-langkah kementerian untuk mengkormesilkan produk-produk inovasi mereka," katanya.

Beliau dalam soalan asalnya meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan sumbangan besar yang diperoleh Malaysia daripada pameran "21st International Invention, Innovation and Technology Exhibition; 14 hingga 16 Mei" baru-baru ini dalam usaha membantu penyelidik tempatan memasarkan R & D mereka.

Menteri dalam jawapannya mengakui pereka tempatan mempunyai idea-idea yang bagus dan mampu untuk membawa hasil ciptaanmereka ke peringkat antarabangsa namun, ujarnya kerajaan menghadapi cabaran dalam menyediakan dana bagi tujuan mengkormesilkan hasil ciptaan mereka.

Tiada ulasan: