KOTA KINABALU: Kerajaan Umno-Barisan Nasional diingatkan agar tidak melakukan kesilapan sama dalam keghairahannya mengubah polisi sistem pendidikan negara.
Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan berkata, cadangan kerajaan untuk memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) harus diteliti dengan lebih mendalam.
"Kerajaan perlu mengemukakan alternatif lain yang kukuh sebelum menghapuskan UPSR dan PMR," katanya semalam.
Beliau berkata demikian semasa mengulas perkara itu yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ahad lalu atas alasan sistem pendidikan negara kini terlalu berorientasikan peperiksaan.
Jeffrey, yang juga Pengerusi Yayasan Warisan Sabah (BHF) menegaskan perlunya ada perancangan yang kukuh bagi mengelak kesilapan yang sama berulang.
"Kerajaan sebelum ini pernah mengubah sistem pendidikan dengan mengemukakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) namun terbukti gagal.
"Kini kerajaan perlu mengemukakan cadangan kukuh sebelum menghapuskan UPSR dan PMR kerana kita tidak mahu mereka melakukan kesilapan yang sama dan generasi pelapis menjadi ‘korban’ hasil eksperimen yang gagal," katanya.
Memansuhkan UPSR dan PMR katanya hanya akan menyebabkan motivasi pelajar merosot dan menjadi semakin malas.
Jeffrey berkata kedudukan Malaysia kini semakin ketinggalan berbanding negara jiran lain dalam pelbagai sektor hingga mungkin menyebabkan peningkatan pengangguran kerana tiada kemahiran dan kelayakan yang sesuai mengikut permintaan.
"Kerajaan perlu menambah baik perkara ini, bukan hanya bersifat mahu menggantikan sesuatu polisi tanpa sebarang perancangan konkrit," katanya.
Cadangan untuk memansuhkan dua peperiksaan utama itu dijangka akan memberi kesan terutamanya terhadap perkembangan sistem pendidikan dan pelajar sekolah kebangsaan yang mempunyai sukatan kurikulumya tersendiri.
cadangan pemansuhan ini tidak akan menyebabkan pelajar hilang motivasi. walaupun ianya dimansuhkan, kita masih mempunyai peperiksaan di peringkat sekolah untuk mengukur tahap pencapaian mereka. cadangan ini pasti akan melalui proses kajian yang menyeluruh dan terperinci sebelum dilaksanakan bagi memastikan keberkesanannya untuk jangka masa panjang. diharapkan transformasi ini mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
BalasPadammungkin sudah tiba masanya untuk kita menerima transformasi pendidikan seiring dengan keperluan semasa negara mahupun secara global. walau apapun cadangan, dasar, program yang dibuat oleh kerajaan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan negara, diharapkan ianya mampu mencapai matlamat..
BalasPadamI trust the government will make the right choice.
BalasPadamsebenarnya pemansuhan UPSR dan PMR ini adalah berdasarkan kepada sistem pendidikan sebelum ini tidak berjaya mengubah sikap para pelajar yang 'spoon feeding' sehinggalah sehingga peringkat universiti.
BalasPadampemansuhan UPSR dan PMR digantikan dengan sistem baharu adalah sebenarnya lebih mantap dan dapat meningkatkan kualiti para pelajar bukan hanya setakat menghafal sahaja tetapi juga dapat meningkatkan kualiti 'soft skills' yang lebih kreatif dan more tu 'activity learning'
BalasPadamPPSMI dimansuhkan kerana sesetengah golongan tidak begitu terbuka fikiran akan kepentingan bahasa inggeris dalam subjek sains dan matematik. sistem pembelajaran berdasarkan kepada penghafalan harus diubah...sejak sekolah rendah lagi. 'melentur buluh biar dari rebung'
BalasPadamkualiti pembelajaran yang berkesan adalah berasaskan 'hands on experience' bukan kepada penghafalan
BalasPadambanyak perkara yang harus dipertimbangkan dalam mengubah sistem pendidikan peringkat UPSR dan PMR di negara kita. ciri-ciri pelajar yang mempunyai sikap yang cemerlang seperti 'team work, sifat kepimpinan, menghargai dan menghormati satu sama lain dll. wajar diterapkan dalam diri para pelajar tersebut
BalasPadamBagi saya, setiap keputusan kerajaan, saya yakin ia adalah yang terbaik :)
BalasPadamApapun saya harap hal ni dapat diperjelas segera supaya takda pihak yang cuba memanipulasi perkara ini.
BalasPadamkerajaan haruslah meneliti sebelum meluluskan perkara ini. jangan perkara sama berulang kembali. suara ramai haruslah diambil kira.
BalasPadamwalaupun peperiksaan UPSR dan PMR akan dimansuhkan, namun kerajaan akan memperkenalkan sistem pembelajaran yang lebih sistematik bagi menilai tahap pencapaian pelajar.
BalasPadambagi saya, pemansuhan ini adalah bertujuan untuk menambah baikkan kualiti dan sistem pendidikan kita..sekolah2 masih menjalankan sistem peperiksaan yang sedia ada untuk mengukur tahap pencapaian pelajar di sekolah..saya pasti, kerajaan tidak akan membuat keputusan yang terburu-buru..
BalasPadamsaya percaya kerajaan akan buat apa yang terbaik untuk rakyat..
BalasPadamkerajaan akan memberi yang terbaik kepda rakyat dan juga cuba untuk membantu rakyat. kesilapan yang berlaku dulu jadikan sebagai pengajaran.
BalasPadamkesilapan dahulu itu memang patut diambil iktibar oleh kerajaan. oleh itu, kerajaan haruslah mengkaji sebelum melaksanakan rancangan seterusnya.
BalasPadamkerajaan membuat kajian yang sewajarnya secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan..kesilapan2 lalu boleh dijadikan sebagai rujukan untuk kajian pemansuhan ini..
BalasPadam