| BERNAMA | ||
| |
"Apakah kerajaan negeri sedar akhir-akhir ini wujud satu skuad swasta yang pergi tangkap pelaku maksiat, membuat rakaman dan mengugut pasangan itu?" soalnya pada persidangan DUN di Kota Bharu hari ini.
Menjawab soalan itu, pengerusi jawatankuasa pembangunan Islam, pendidikan dan dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kewujudan skuad swasta berkenaan.
Beliau berkata pihak berkuasa sentiasa melakukan rondaan di tempat awam yang dikunjungi ramai dan lokasi dikenal pasti sering berlaku maksiat seperti kawasan berkelah, tempat peranginan dan kawasan membeli belah dan pemeriksaan berkala di di rumah-rumah tumpangan bagi mencegah perlakuan mungkar.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning) mengenai langkah yang diambil kerajaan bagi menangani pelanggaran syarat-syarat menutup aurat oleh penjual makanan dan minuman di premis yang begitu ketara sekarang ini.
Wan Ahmad Lutfi turut mencadangkan supaya satu kempen "makan di kedai-kedai yang pelayannya menutup aurat bagi menyelamatkan rakyat Kelantan daripada dosa kerana melihat pelayan yang tidak menutup aurat".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.