| MALAYSIA KINI | ||
| |
Suruhanjaya itu berkata walaupun aduan rasmi telah dibuat di pejabat SPRM Selangor di Shah Alam, pihak terbabit enggan menjalani sesi itu dengan alasan SPRM tidak dapat memberikan kepada mereka salinan aduan yang telah dibuat.
Sehubungan itu, kenyataan bahagian komunikasi korporat SPRM petang ini menyebut, kumpulan tersebut memohon untuk menarik balik aduan yang telah dibuat.
"SPRM ingin menjelaskan bahawa sesuatu salinan aduan tidak boleh didedahkan atau diberikan kepada mana-mana pihak sebagaimana yang dijelaskan di bawah peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009...," kata kenyataan itu.
Pagi tadi, tiga pengadu menarik balik laporan mereka kepada berhubung dakwaan "rasuah" ketua menterinya Tan Sri Taib Mahmud selepas SPRM didakwa enggan memberikan salinan aduan kepada mereka.
Ahmad Nazib Johari, James Wong Joon Min dan Ting Chek Ming mendakwa selepas hampir tiga jam membuat laporan di di Shah Alam, mereka terpaksa pulang hampa selepas permohonan mereka bagi mendapatkan salinan laporan itu ditolak.
SPRM menggesa semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya dengan mengikuti proses yang ditapkan kerana ia "merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan oleh undang-undang dan perlu dipatuhi".
"Keengganan memberikan kerjasama akan mengganggu serta boleh menjejaskan proses siasatan ke atas sesuatu kes tersebut," kata kenyataan itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.