HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Ogos 2010

Chua: Orang Cina mahu keadilan


1 chui-jui-meng Oleh Fazy Sahir

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus menghambakan rakyat menyebabkan mereka ketinggalan jauh.

"Jangan bercakap tentang Korea mahupun China yang lebih maju ke depan tapi lihat ekonomi Indonesia, Filipina dan Thailand, kita masih ketinggalan.

"Jika Melayu terus biarkan dirinya menjadi tepu maka habislah masa depan kita. Seperti kata-kata Tun Mahathir (Mohamad) takkan Melayu hilang di dunia…mereka akan hilang di dunia ini sebenarnya.

"Saya nampak dengan mata saya sendiri bahawa mereka semakin hilang. Sampai bila kita mahu membutakan diri?" katanya dalam satu wawancara dengan Free Malaysia Today baru-baru ini.

Chua yang menjadi naib presiden MCA selama 15 tahun dari 1990 mencabar Tan Sri Ong Ka Ting jawatan presiden pada 2005 tetapi kalah. Pada 2008 beliau mencabar Datuk Seri Ong Tee Keat untuk jawatan sama, tetapi juga kalah.

Beliau yang juga bekas menteri kesihatan tidak bertanding di parlimen Bakri dalam pilihanraya umum lalu, akhirnya menyertai PKR Julai tahun lalu dan kini menjadi pengerusi PKR Johor.

Dalam wawancara ini beliau bercakap mengenai sikap pengundi Cina terutamanya dalam pilihanraya umum akan datang

FMT: Pakatan mempunyai pengundi Cina yang tinggi berbanding kaum lain, bagaimana untuk memastikan sokongan tersebut tetap kekal?

Datuk Chua: Pendekatan yang terbaik adalah dengan memberitahu visi kita kepada seluruh negeri. Apabila kita menjadi kerajaan kita akan aplikasikan polisi Pakatan dengan menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling demokratik di dunia. Kita menghormati hak asasi manusia dan tiada lagi kes seperti kes Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dipenjara sehingga enam tahun kerana keadilan dinafikan.

Dengan negara demokratik kita beri kuasa kepada rakyat kemudian mengukuhkan ekonomi dan mendapat kepercayaan dunia kepada negara ini. Merakyatkan ekonomi, dasar dan pendidikan perlu hanya untuk rakyat. Percayalah jika perkara ini terjadi kita akan jauh lebih bagus dan kaya daripada Singapura.

Hari ini selepas 53 tahun Umno-BN memerintah kita sebaliknya berlaku. Singapura 500 peratus lebih kaya daripada kita. Sebab negara tersebut tidak bertoleransi terhadap rasuah. Umno-BN cukup suka dengan rasuah. Kita mahu jaga rakyat miskin Melayu, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Itu yang Pakatan ingin lakukan.

FMT: Adakah Datuk yakin pengundi Cina akan kekal bersama Pakatan?

Datuk Chua: Saya tidak apa-apa…tetapi kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Pakatan melakukan kerja dengan baik ketika memerintah Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Kelantan. Malah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim juga melakukan yang terbaik walaupun dihentam hebat oleh media arus perdana ke atas pimpinannya. Saya banyak kawan daripada ahli perniagaan Cina, Khalid tidak ambil rasuah…ia seteru dengan Perdana Menteri terdahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn,Tun Razak. Pemimpin yang disegani ini sungguh jujur dan mereka hanya ada sedikit wang ketika mereka meletakkan jawatan. Itulah pemimpin yang sungguh saya segani.

FMT: Pandangan anda mengenai pengundi Cina secara keseluruhannya. Apakah yang mereka harapkan daripada Pakatan?

Datuk Chua: Perkara pokok mereka mahukan keadilan daripada kerajaan. Mahu kerajaan yang mengambil berat tentang rakyat terutamanya yang miskin. Bagi kaum Cina mereka akan menderma wang dan itu adalah satu budaya yang diterapkan. Derma itu bagi membantu rakyat yang susah. Ini yang mereka mahu kerajaan buat, adakah cukup susah untuk mereka lakukan selepas 50 tahun merdeka?

Kerajaan lebih keterbelakang dengan polisinya yang salah. Lihat sahaja apa yang berlaku tahun 1998 kerajaan dilihat masih tepu. Ini bukan saya yang kata tetapi Menteri Keewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sekarang Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula Datuk Idris Jala berkata kerajaan akan muflis sebab cukai dikutip daripada kekayaan Petronas, Felda, Sime Darby setiap tahun mengalami kekurangan wang. Itu tidak patut berlaku kepada negara yang mengeluarkan minyak seperti Malaysia. Lihat bagaimana Arab Saudi, Brunei, Norway, khazanah mereka meningkat, kita?

Tidak habis-habis perlu meminjam wang. Keadaan sekarang lebih teruk daripada pemerintahan bekas Presiden Indonesia, Suharto dan Filipina, Marcos. Negara Filipina tiada minyak, tapi keadaan ekonominya teruk sebab dia mencuri beratus-ratus bilion wang daripada rakyat.

Setiap hari ada sahaja pendedahan baru seperti Felda. Jika kes dibawa ke mahkamah akan banyak pembongkaran yang kita akan beri. Keuntungan Felda lebih tinggi berbanding Sime Darby, IOI namun keuntungan per hektar setahun mereka merosot. Habisla…kita telah membuatkan Melayu miskin untuk setahun ini.

Lihat China mereka kini bergerak lebih maju dengan peningkatan setiap 30 peratus setahun. Kita pula masih tepu, Malaysia suka cakap besar dan itu merupakan kegagalan kerana kita masih berada di takuk yang sama. RMK9 atau rancangan kita masih gagal kerana kita tiada kualiti dalam pentadbiran Perdana Menteri, Timbalan mahupun kabinet. Mereka tidak berfikri tentang negara tetapi hanya fikir tentang kroni mahupun diri sendiri.

FMT: Melalui pemerhatian Datuk, bagaimana dengan pemikiran pengundi Cina di kawasan pedalaman?

Datuk Chua: Terpulang kepada tempat, seperti di bahagian saya di Bakri pengundi di sana sentiasa menyokong terutama warga emas. Walaupun saya diketepikan oleh Ong Ka Ting ketika pemilihan MCA dulu namun jika dilihat majoriti yang mengundi saya adalah 9,000. Pemikiran mereka kini sudah berubah sama seperti peralihan saya dalam MCA suatu ketika dulu. Pemikiran mereka ini berubah kerana berharap sinar baru pada masa depan. Pengundi Cina membaca berita melalui internet untuk dapat maklumat. Jika orang tua yang buat, anak-anak mereka yang akan lakukan. Ini kerana mereka tidak mahu diperbodohkan oleh BN lagi.

Tiada ulasan: