| Mohd Sabri Said |
| BUTTERWORTH: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas sikap ahli akademik yang sanggup menjadi alat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) menakut-nakutkan rakyat dengan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia. "Kita tahu ada pakar akademik yang diperkudakan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat khususnya orang Melayu tentang isu hak keistimewaan orang Melayu yang akan terhakis sekiranya Pakatan Rakyat memerintah," tegasnya ketika ditemui di Wacana: Adakah Polis Pembela Rakyat di Dewan Haji Ahmad Badawi, di sini malam tadi. Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mengingatkan ahli akademik sedemikian agar jangan terpengaruh dengan dakyah jahat yang sedang ditiupkan oleh Umno dan BN berhubung isu berkenaan. Katanya, kepimpinan Umno sedang berusaha meyakinkan rakyat dengan berbagai cara dan kaedah termasuk memperkudakan tokoh akademik yang kurang faham terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang mengutamakan ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah. Menurutnya, semua urusan membabitkan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat seperti Islam sebagai agama rasmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu tetap terpelihara. |
Halaman
▼
ahli akademik adalah golongan yang profesional dan tidak mudah dipengaruhi melainkan dengan bukti dan fakta yang kukuh dan berasas. maka PAS tidak perlu membidas ahli akademik kerana selalunya golongan ini percaya kepada pekara yang berfakta dan berasas.
BalasPadamAhli akademik, berusahalah memperbaiki sistem pendidikan negara. Jangan dipengaruh oleh politk. Masa depan pelajar, rakyat dan negara adalah jauh lebih penting.
BalasPadamahli akademik perlu menumpukan perhatian kepad peranan mereka sebagai tenaga pengajar. tak perlu nak terlibat dalam politik.
BalasPadam“Biar rakyat menghukum usaha jahat yang ditaburkan, waktu itu baru mereka sedar haluan yang mereka pilih salah dan menyimpang jauh dari usaha menyatupadukan rakyat Malaysia.
BalasPadamDalam politik ini Mahfuz Omar, kalau dikatakan baik itu memang susah mahu dikatakan. tapi kalau kejahatan, memang senang saja. Saya rasa PAS sendiri pun apa kurangnya sudah dinamakan politik sudah pasti akan ada kesalahan dilakukan. Jadi janganlah asyik memburukkan parti orang lain, sudah namanya politik faham-fahamlah sendiri mahfuz omar.
Adalah penting untuk ahli akademik untuk mengutamakan peranan. Sebaiknya,jangan libatkan diri dalam politik.
BalasPadamIni mungkin kita tidak boleh nafikan perkara sebenar. tapi mungkin PR taktu dengan kerjasana ahli akademik menyebabkan mereka(PR) tidak dapat menghantui fikiran Rakyat. Jadi ini menjadi alasan mereka(PR) untuk menjauhkan Ahli akademik dengan UMNO.
BalasPadamsebelum membuat sebarang andaian, dedahkan siapa ahli akademik yang diperalatkan oleh umno dan tidak lupa juga siapa yang diupah oleh PR untuk memburukkan umno/BN. jelaskan juga dimana ketelusan, kebertanggungjawaban dan anti rasuah PR sedangkan pelaksanaan ketiga2 amalan murni itu tidak nampak di negeri2 kerajaan PR.
BalasPadamahli akademik adalah golongan terpelajar, mereka tk terlibat dalam poilitik, tak perlu nak kaitkan mereka dgn isu2 politik.
BalasPadamsaya yakin ahli akademik bijak dalam penilaian dan mereka sedar apa yang patut mereka lakukan.
BalasPadamSebenarnya ahli akademik lebih matang dan nampak realiti sebenar politik yang sedang dimainkan oleh PAS dan pakatan. Kesedaran yang cukup tinggi oleh kalangan ahli akademik sudah menjadi ancaman terhadap perjuangan PAS dan pakatan, sebab itulah mereka kini menjadi sasaran serangan dan ugutan. isu yang ditimbulkan ini sebenarnya berkaitan dengan kesedaran, bukannya diperalatkan oleh umno..
BalasPadamAhli Akademik perlulah dibabit dalam bidang politik dengan membantu menjalanakan negara malah memajukan negara. Tetapi ini kenalah membuat keputusan sendiri dalam melibatkan diri dalam setiap bidang.
BalasPadamInilah sebabnya Dr. M menghalang mahasiswa2 universiti, guru2 dan pensyarah daripada terlibat dengan politik. Sebab takut dengan golongan ini yang lebih berpelajaran.. Kita semua mengambil subjek Sejarah Pembentukan Malaysia dan sbgnya tetapi cuba tanya pensyarah tersebut.. Tanya pendapat beliau tentang Msia pada masa skrg.. U will know why..
BalasPadamSaya harap ahli akademik tahu apa yang perlu mereka lakukan :)
BalasPadamKalaupun ahli akademik mahu terlibat dgn politik berwaspadalah sentiasa supaya tak timbul kontroversi. Biasalah dunia politik ni kan banyak ragam. hehhee
BalasPadamTapi saya harap pembaca tak terpedaya la dengan hal ni. Saya yakin hal ni belum dipastikan kesahihannya. So kita janganlah fikir bukan2.
BalasPadamBetul tu maxi. Mereka ni takutdgn ahli akademik sebab tu burukkan nama golongan ni. huhuhu
BalasPadamApapun pandai2 lah rakyat membuat penilaian ni. Next GE bakal menjelang bila2 masa ja, so buatlah pilihan yang terbaik :)
BalasPadamSiapa yang buat jahat terhadap negara, rakyat mampu menilai dan akan menghukum mereka pada pilihan raya.
BalasPadamBukan soal diperalatkan. Jika mereka mempertahankan sesuatu kebenaran tetapi kebenaran itu memihak pada BN, ini tidak boleh dikatakan diperalatkan.
BalasPadam