DENGKIL - Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim menyarankan Jawatankuasa Surau dan Masjid menyediakan garis panduan kepenggunaan masjid samada bagi tujuan bersolat atau aktiviti kemasyarakatan.
Beliau berkata demikian di Program Ihya Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Belia Penggerak Tempatan yang diadakan di Masjid As-Shariff,Kampung Datuk Ahmad Razali di Dengkil.
Tan Sri Khalid berkata di zaman Rasullullah, tetamu samada Islam dan bukan Islam dijemput berbincang dan bermasyarakat di Masjid. Malahan fungsi masjid dan surau pada ketika itu adalah luas meliputi pelbagai aspek.
“Nabi kita juga menyambut pemimpin dan tetamu samada Islam dan bukan beragama Islam berbincang untuk menentukan perjalanan dan pentadbiran masa-masa tertentu,dia telah menunjukkan contoh adakalanya mereka yang dianggap suci boleh menyertai di dalam surau dan juga masjid,seperti yang dikatakan oleh Dr Ahmad Yunus,di Gaza juga dijadikan tempat permainan Nabi Muhammad S.A.W pernah membenarkan dua tetamu untuk bertanding berlawan pedang di dalam masjid”
Tan Sri Khalid turut menyarankan agar jawatankuasa surau dan masjid agar dapat memberikan garis panduan untuk memasuki masjid dan mengadakan aktiviti kemasyarakatan. Malahan orang Islam perlu menutup aurat semasa memasuki masjid dan surau dan bukan hanya kepada orang bukan Islam sahaja.
“Sehubungan itu,Jawatankuasa Surau atau masjid sewajarnya memberikan garis panduan untuk memasuki masjid sama ada untuk bersolat atau mengadakan aktiviti kemasyarakatan.Misalnya cara berpakaian sopan dan menutup aurat bagi lelaki dan perempuan.Ini termasuk bagi pengunjung bukan Islam.Tentulah tidak wajar,malah sangat berdosa sekiranya wanita Islam yang tidak menutup aurat dibenarkan msuk ke dalam masjid sedangkan wanita bukan Islam dikehendaki menutup aurat sekiranya memasuki masjid.”
Justeru Tan Sri Khalid mengajak umat Islam agar mengambil kesempatan di bulan Ramadan ini untuk menjadikan masjid dan surau sebagai wadah menyatupadukan ummah tanpa mengira darjat dan idelog politik.
“Oleh sebab itu,saya menyeru agar kita menggunakan kesempatan dalam bulan mulia ini untuk bermuhasabah dan lantas bersatu padu serta menjadikan masjid atau surau sebagai wadah atau tempat menyatupadukan umat Islam tanpa mengira darjat dan ideologi politik demi kepentingan dan kesejahteraan agama dan negara”.
Majlis ini disertai oleh para Penggerak Belia Tempatan di seluruh Selangor dan penduduk kampung.Pada majlis yang sama Tan Sri Khalid turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Kebajikan Wanita Cahaya Sinar Harapan dan Institusi Tahfiz Masjid As-Shariff.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.