PASIR PUTEH: Pemberian wang ihsan kepada Kelantan menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) oleh Kerajaan Persekutuan bukan dibuat secara membuta tuli sebaliknya atas nasihat Peguam Negara sebelum diagih-agihkan kepada rakyat yang layak.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ia dibuat atas nasihat Peguam Negara yang juga berlandaskan undang-undang.
Beliau berkata, demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada 75 anak yatim di masjid An-Nur, Badak di sini, petang semalam.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin tindakan Kerajaan Persekutuan itu adalah betul mengikut undang-undang sedia ada.
"Terserah kepada mahkamah untuk membuat keputusan siapa yang benar," katanya.
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM25 juta sebagai pemberian wang ihsan pertama kepada negeri itu dengan sebahagian besarnya sedang diagih-agihkan bagi membantu lebih 70,000 pelajar miskin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.