| Joseph Sipalan |
"...pendirian kami berhubung isu itu (penderaan seksual) tetap tidak berubah. Syarikat tidak dapat menerima sebarang aktiviti haram dan berbentuk jenayah. Mana-mana kakitangan yang disyaki melakukan perkara itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata syarikat berkenaan.
Menurut syarikat itu, bagi membolehkan Samling meneruskan perkhidmatan pengangkutan kepada masyarkat sekitar Baram, satu dasar baru bagi menjamin keselamatan dan menjaga kepentingan mereka diperkenalkan dan ia diterangkan kepada komuniti Penan di sana.
“Antara peraturan baru itu ialah penduduk yang inginkan perkhidmatan pengangkutan perlu membuat permohonan rasmi dan setiap penumpang yang berada dalam kenderaan kami mesti ditemani oleh ahli keluarga.
"Samling berdiri teguh dengan tanggungjawab sosial korporatnya dan akan terus membekalkan pelbagai bentuk bantuan bagi kesenangan komuniti hutan di kawasan di mana ia beroperasi,” kata syarikat itu.
Ia dibuat dengan pendedahan tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan dengan memetik seorang ketua kampung Penan, Jawa Nyipa yang berkata dia diminta oleh pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa wanita-wanita itu menarik balik dakwaan mereka - atau tidak mereka akan kehilangan perkhidmatan pengangkutan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.