| BERNAMA | ||
| |
Kumpulan demonstrasi itu telahpun membawa sepanduk berbunyi “Diplomasi No, Perang Yes” serta peringatan pada pengguna jalan “Maaf perjalanan anda terganggu, ada sweeping warga Malaysia”.
Gerakan usir atau sweeping rakyat Malaysia dibuat di hadapan bangunan pejabatnya, di Jalan Diponegoro No 58 Jakarta namun ia dihalang oleh pasukan Polis Indonesia.
Kira-kira 20 anggota Bendera cuba menahan beberapa kereta yang melalui jalan itu untuk memeriksa identiti pemandu dan penumpang pada jam 4.30 petang, menjadikan lalu lintas di jalan itu sesak.
Tindakan polis itu telah membuat penunjuk perasaan menjadi emosional dan mereka mula berdalih memberitahu polis bahawa tindakan mereka adalah untuk membela negara.
“TKI-TKI (tenaga kerja Indonesia) kita di Malaysia ditangkap, disiksa. Mengapa kita tidak boleh sweeping? Pak Polis ini Polis Indonesia atau Polis Malaysia?” jerit penunjuk perasaan di depan bekas pejabat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu.
Sungguhpun mereka berjanji akan memeriksa identiti pengguna kenderaan dengan cara baik tanpa kekerasan, pasukan polis tetap tidak membenarkan mereka berbuat demikian.
“Kalau sampai kita temukan warga Malaysia, kita akan pulangkan segera,” kata Mustar dalam pidatonya.
Demonstrasi itu dilakukan selama kira-kira sejam setelah gerimis di sebahagian ibu kota ini.
Sementara itu, dua portal berita Tempo dan Rakyat Merdeka memetik Ketua Polis Indonesia Jenderal Bambang Hendarso Danuri memberi peringatan kepada
masyarakat Indonesia agar tidak terpengaruh dengan ajakan "sweeping" warga Malaysia yang berlegar di laman sosial Facebook dan Twitter.
“Bagaimana kalau mereka juga di-sweeping kerana kita merazia (membuat operasi) warga Malaysia di sini? Jangan memikirkan diri sendiri,” katanya, dan menambah kata bahawa polis akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang ikut serta melakukan "sweeping".
Tindakan undang-undang akan diambil terhadap penunjuk perasaan yang membakar bendera atau merosakkan bangunan perwakilan asing, katanya.
Sekumpulan kecil pelajar turut mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada kira-kira pukul 5 petang ini.
Dalam insiden itu bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia.
Kedua-kedua belah pihak mendakwa penahanan itu dibuat kerana kesalahan menceroboh wilayah perairan negara masing-masing.
Semua tahanan itu telah dibebaskan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara itu pada 17 Ogos.
rakyt indon ni makin jadi2 pla. tak henti2 nak wat kecoh. hal dah selesai masih lagi nak dibagnkitkan.
BalasPadamsegelintir rakyat Indonesia yang melakukan tunjuk perasaan berkenaan tidak menunjukkan sikap rasional.
BalasPadamMasalah tidak akan selesai jika menggunakan cara sebegini. Diharapkan wakil negara Indonesia dan Malaysia boleh menyelesaikan masalah dengan cara yang rasional.
BalasPadamTidak tahulah rakyat indon ini, pandai berfikir atau tidak. Mungkin kurang pendidikkan itulah sebab jadi macam sekarang ini melakukan demonstrasi yang begitu memalukan diri mereka sendiri. Kenapa rakyat Indon bersikap begini, sungguh mengecewakan negara jiran.
BalasPadamkekerasan bukan jalan penyelesaian terbaik.. sebelum menuduh Malaysia kejam, fikir dulu rakyat sendiri. paling mudah suruh ja warga Indon yang ada di malaysia ni balik ke Indon.
BalasPadamrakyat Indon ni mudah betul dikawal oleh emosi. bertindak terburu2 tanpa memikirkan kesannya kepada negara. ingatlah, seluruh dunia melihat masalah sosial yang berlaku di Indonesia dan kegagalan kerajaan negara itu mengawal keadaan boleh memberi kesan terhadap hubungan luar Indonesia sekaligus menyekat perkembangan ekonomi negara itu. kerajaan malaysia perlu memikirkan penyelesaian terbaik untuk kebaikan negara dan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.
BalasPadamsegelintir rakyat Indenesia masih lagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Malaysia. tindakan mereka ini hanya mencemarkan imej negara mereka sendiri di mata dunia.
BalasPadambetul pak polisi! bagaimana kalau malaysian juga buat operasi sweeping di negaranya? jangan tak tahu ramai banget rakyat anda di Malaysia.
BalasPadam