HALAMAN SANTAI

Khamis, 7 Oktober 2010

Benarkan Mahasiswa Aktif Dalam Aktiviti Politik

Oleh Yaakob bin Sapari

Mengulas kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Mohamad Khaled Nordin yang tidak menghalang mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) untuk terlibat dalam politik sewaktu pilihan raya sekiranya mengikut garis panduan yang ditetapkan menimbulkan kekeliruan kepada mahasiswa.

Ironinya kenyataan menteri itu mencerminkan sikap tidak konsisten kementerian dalam isu membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik.Garis panduan yang dicadangkan oleh pihak kementerian dilihat sebagai usaha terdesak dalam meraih publisiti murahan daripada kalangan mahasiswa dalam pilihan raya DUN Galas yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ini amat jelas apabila Kabinet sendiri memutuskan menghalang pelajar terlibat dalam apa juga bentuk aktiviti politik .

Alasan tumpuan pelajar akan merosot apabila terbabit dengan politik sama sekali tidak berasas.

Ini kerana dengan kegiatan aktif mahasiswa dalam politik dapat menerapkan nilai murni dan mampu manjadi warganegara yang bertanggung jawab.

Walaupun Akta Universiti dan Kolej Universiti telah dipinda pada tahun 2008, namun pindaan dilihat bias kerana perlu mendapatkan kebenaran Naib Canselor universiti. Sekaligus menafikan hak mahasiswa dalam membuat keputusan secara bebas dalam memilih aktiviti politik.

Justeru, pihak kementerian didesak agar memansuhkan AUKU demi melahirkan mahasiswa yang lebih berketerampilan untuk menjadi pemimpin masa hadapan.

( Yaakob bin Sapari selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor (Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar).

Tiada ulasan: