| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melangkah ke depan untuk mengatasi gejala yang tidak bermoral dengan cadangan yang proaktif untuk meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi merakam semua kegiatan dan pengunjung ke pusat hiburan.
Katanya, Kerajaan Selangor pada hari ini sedang membaik pulih kerosakan yang teruk hasil daripada kerja buat Umno selama ini. Menurutnya, Umno menyuburkan kegiatan maksiat kerana ia sebagai satu senjata yang berkesan supaya rakyat diulit dengan mimpi dan tidak mempedulikan apa pemimpin BN hendak sapu harta rakyat. “Keadaan ini amat jauh dengan program yang dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pada hari ini,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, ada juga cadangan untuk membuat reka bentuk semula tempat-tempat itu agar lebih terbuka dan bakal dibekalkan dengan kamera litar tertutup (CCTV). Bagi Idris, walaupun ini bukanlah merupakan tindakan terawal dan terakhir, namun ia satu permulaan yang baik untuk mencegah kegiatan yang tidak bermoral di negeri ini, yang sudah berkarat biru hasil peninggalan kerajaan BN Umno selama 51 tahun. Katanya, langkah yang diambil oleh Kerajaan Selangor satu lagi usaha yang bersepadu dan harmoni untuk merealisasikan harapan rakyat di negeri Selangor selepas 8 Mac 2008. Selain daripada usaha terbaru meletakkan CCTV, kerajaan Selangor telah berusaha membentuk jati diri rakyat dengan program pembangunan Insan Negeri Selngor (SPIES), kelas pengajian ilmu disemarakkan, masjid dan surau diaktifkan. Beliau menambah, dengan penuh kesedaran, bukan senang hendak membina kembali tamadun manusia yang sudah rosak dalam sekelip mata, namun usaha mesti dibuat sebagai satu tanggungjawab kepada rakyat. Justeru, ujarnya semua perkara ini akan dihitung di hadapan Allah SWT. Tambahnya, pemimpin Umno di Selangor yang gila talak untuk meraih sokongan supaya rakyat benci dengan kerajaan Pakatan Rakyat, memfitnah kononnya Selangor membiarkan kegiatan maksiat berleluasa. Hakikatnya, kata beliau untuk menutup kerja jahat mereka selama ini yang membiarkan kegitan tidak bermoral dibuka, sebaliknya surau ditutup dan ulamak diburu macam pelarian tanpa dokumen. Katanya, kalau pemimpin Umno ikhlas untuk memerangi maksiat di Selangor, mereka mesti mengarahkan kuasa pusat seperti polis, imigresen, kastam, sedangkan kerajaan negeri hanya mempunyai kuasa yang terhad, namun berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki keadaan. Menurutnya lagi, sama juga seperti isu kecurian pasir di Selangor yang sudah berlaku sejak berzaman, kuasa yang dimiliki oleh pusat tidak bertindak, sehingga tindakan Tan Sri Khalid mencadangkan supaya pegawai SPRM ditempatkan di pejabat KSSB. “Sekarang isu pasir sudah senyap bimbang takut tertangkap sesama sendiri. Kita mengharapkan dengan adanya CCTV dapat juga rakyat tahu siapakah pengunjung tetap dan berpencen ke tempat itu,” katanya lagi. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.