| Oleh Suara Keadilan |
| Laman sosial facebook '1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower' dilancarkan sejak 2 minggu lepas mendapat sambutan hangat selepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila dikatakan kos pembinaan menelan kos sebanyak RM5 bilion. Sementara itu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang di dalam twitternya membidas tindakan 'cybertrooper' MCA yang memperlekehkan sokongan rakyat bertali arus membantah pembinaan menara 100 tingkat tersebut. "Sungguh memalukan! MCA melalui cybertrooper sanggup memperkecil-kecilkan sokongan rakyat yang sudah melebihi 200,000 orang terhadap kempen di laman sosial Facebook "NoMegaTower" di mana sepatutnya Menteri dan pemimpin MCA sepatutnya menyuarakan pendapat mereka," ujar beliau. Kit Siang turut menegaskan supaya Najib memberikan respon segera terhadap 8.7 juta pengguna laman facebook di Malaysia yang terdiri dari 38% kumpulan umur lingkungan daripada 18-24 tahun dan 33% kumpulan umur lingkungan daripada 25-34 tahun. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.