| Oleh Fazli Othman |
| Menurut sumber yang memberitahu, pihak atasan kementerian terbabit memberikan arahan supaya pegawai di PTPTN menghubungi pemohon-pemohon tersebut bagi memaklumkan mereka berjaya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Apa yang pelik katanya, sepatutnya itu menjadi bidang tugas kakitangan UPU untuk menghubungi bakal-bakal mahasiswa dan bukannya menjadi kelaziman pihak PTPTN untuk menyatakan perkara tersebut. "Ini berkemungkinan ada kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas yang akan diadakan 4 November ini. "Arahan yang diberikan adalah pegawai di PTPTN menghubungi bakal mahasiswa ini tetapi tumpuannya adalah mereka yang tinggal di Gua "Kalau betul nak bagi, sepatutnya diberikan kepada semua mahasiswa di seluruh Malaysia tetapi kenapa hanya untuk di Gua Musang sahaja," kata sumber itu. Sumber tersebut turut memaklumkan satu majlis bergambar turut akan diadakan bagi menyerahkan pinjaman kepada bakal pelajar ini hujung minggu ini. Sebelum itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan tidak akan melayan mana-mana tuntutan termasuk usul pembinaan sebuah universiti oleh Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang. Beliau berkata tidak mahu disebabkan adanya PRK maka kerajaan terpaksa melayan pelbagai tuntutan yang dianggap tidak munasabah. |
Halaman
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.