KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR Jeffrey Kitingan memuji kempen yang giat dan kadangkala kontroversi berlaku ketika pemilihan di sini termasuk di Semenanjung sebagai "satu langkah ke arah kematangan berpolitik’.
"Pertarungan sengit untuk jawatan-jawatan yang dipilih adalah baik untuk PKR. Ini menunjukkan semakin meningkatnya populariti parti PKR.
"Kami dalam PKR tidak melindungi atau menyokong sebarang bentuk keganasan dan ini bukan budaya kita tapi apabila kita mempunyai parti yang popular seperti PKR, semua orang mahu menjadi sebahagian daripadanya," kata beliau.
Kekecuhan dalam pemilihan di Sabah menarik perhatian dan menjadi topik perbincangan di kalangan penduduk tempatan dengan sebuah akhbar tempatan memberi ulasan yang kritis tentang peristiwa itu.
Pada hari Ahad, seorang pemimpin politik veteran tempatan, Fred Edwin Lojingki, 69, menyalahkan Ketua Umum Anwar Ibrahim tentang "budaya buruk yang dipupuk dalam parti," dan ketika yang sama, mengkritik ahli-ahli politik Sabah kerana berdiam diri.
Mengenai kritikan Lojingki ini, Kitingan mengakui kempen seperti ini boleh membantu para penyokong menyelidik dan menghalusi latar belakang calon dan kadangkala tidak dapat dikawal.
Beliau berkata, ini perlu kerana inilah pertama kali PKR mengadakan pembuangan undi secara terus di mana semua ahli layak mengundi.
Di Malaysia, PKR merupakan parti politik yang pertama yang telah berjaya meminda perlembagaannya untuk membenarkan sistem "satu ahli satu undi", menggantikan cara lama dengan sistem perwakilan digunakan untuk memilih para pemimpin.
Para peguam menang di Penampang
"Kami dalam PKR banyak belajar dari pengalaman ini dan yakin dapat memperbaiki proses ini ketika kita melangkah ke masa depan.
"Orang ramai harus melihat kejadian-kejadian terbaru ini sebagai perkembangan yang positif dan suatu langkah ke arah budaya politik pemberian kuasa kepada ahli-ahli melantik terus pemimpin-pemimpin mereka.
"Selagi mereka tidak melanggar undang-undang kita harus berfikiran terbuka. Apabila masa berlalu, budaya politik memberi kuasa kepada ahli-ahli akan sampai ke peringkat kematangan untuk kedua-dua pihak, pemimpin dan ahli," kata Kitingan.
Sementara itu, perebutan untuk jawatan tertinggi di Cabang Penampang semalam, peguam Darrel Leiking menang dengan majoriti 90 undi. Beliau meraih 325 undi dan menewaskan pesaing-pesaingnya, Brett Chua (235 undi), Roland Chia (199) dan Innocent Makajil (19 undi).
Bagaimanapun, Innocent lebih awal menarik diri dari pemilihan ditengah-tengah dakwaan berlaku penyelewengan dan satu laporan polis telah dibuat.
25 ulasan:
Terpulanglah dengan rakyat bagaimana mereka menilai tindakan PKR.
Kedua-dua parti PKR dan BN perlu berusaha mendapatkan balik keyakain rakyat. Selamat berjuang untuk kemenangan.
apa pun, kita berjuanglah dengan cara adil dan bersih. Semoga mendapat kejayaan BN dan PR.
PKR perlu pastikan kekecohan yang berlaku ketika pemilihan tdak berulang lagi. apa yang berlaku menggambarkan tindakan emosi dan tidak rasional yang sepatutnya boleh dielak.
Kekecohan yang berlaku dengan PKR ini sungguh memalukan parti itu sendiri. Sebelum ini PKR mengutuk BN kerana kekecohan yang berlaku, dan sekarang apa yang terjadi dengan PKR sehinggakan kotak undi hilang dibawa lari dan dibuang dijalan raya kerana setengah pihak tidak berpuas hati dengan semua ini.
Semua parti2x harus berjuang secara adil dan bersih. Perkara2x seperti tuduh-menuduh, buat kekecohan ataupun membawa lari kota undi dan buang di tepi jalan adalah perkara yang tidak matang. Grow uplah!
Apa-apapun, best of luck kepada semua parti. May the best man win!
PKR kini mengatakan mereka semakin matang dalam berpolitik, harap mcm itulah. jgn pula timbul lagi kekecohan. apapun, rkyt kena bijak menilainya.
kekecohan berlaku adalah disebabkan oleh ahli2 PKR sendiri, bukannya faktor luaran ataupun sistem pemilihan yang digunakan. kekecohan itu seolah2 menggambarkan budaya dalam PKR.
rakyat mempunyai pandangan mereka sendiri berhubung dengan insiden kekecohan yang berlaku semasa pemilihan PKR berjalan. PKR tidak perlu menghalang pandangan negatif rakyat terhadap kepimpinan PKR dengan memuji2 sistem pemilihan langsung yang digunakan.
Perlu ada kematangan dan kualiti semasa berpolitik.
Kekecohan yang berlaku dikalangan ahli PKR menunjukkan tiada kestabilan parti tersebut. Dengan harapan untuk terus berjuang kematangan ini perlu ada bagi setiap pemimpin samada PR ataupun BN baharulah dapat meyakinkan rakyat.
ketika pemilihan tempo hari terdapat ahli-ahli PKR yang menimbulkan kekecohan. pekara ini perlu diambil berat oleh PKR.
dalam berpolitik memang perlu matang, jika tak matang, rkyat takkan memberi sokongan.
Kalau boleh tunjukkan apa PKR ada supaya rakyat boleh menilai sendiri menggunakan mata kasar. Tidak perlu cakap2 angin, sila kembalikan hak-hak sabah atau rujuk kembali 20 perjanjian sabah dahulu.
Dan jika tidak berpuas hati dalam suatu pilihanraya, selesaikan seperti orang yang pernah ke sekolah tinggi.
Dari rakyat saja tu yang buat penilaian. Tapi lebih baik sekiranya semua parti pun matang dalam politik. hehe
Jika parti bersikap matang saya yakin keadaan politik di Malaysia akan lebih tenteram dan tak huru hara. Saya percaya kebajikan rakyat lebih terjaga sekiranya semua parti bersikap matang.
Ya Nurul... Apapun berlaku harus berjuang dengan adil kerana kemenangan pasti akan dimiliki jika benar2 ikhlas mahu berbanti pada masyarakat :)
Segala masalah dalaman harus diselesaikan dengan cara baik dan bukannya dengan memperbesarkan sesuatu isu. Pastikan asas dalam parti benar2 kukuh supaya dapat berdiri teguh.
Semoga semua parti ingat dan melaksanakan t/jawab mereka terhadap rakyat. Jangan disebabkan persaingan dalam politik, rakyat disajikan dengan perkara2 yang kurang baik...
Pemilihan PKR kali ini jelas menunjukan tidak membuat penyedian yang cukup.
Banyak kekecohan berlaku.
PKR akan jadi lebih matang atau terus menjunam, belum tahu lagi. Biarlah rakyat yang menentukan.
Parti politik lain dalam Malaysia boleh juga berbuat demikian supaya semua ahli mereka berpeluang memilih pemimpin mereka.
Catat Ulasan